PORT DICKSON 1 Jan. – Polis menahan enam lelaki yang didakwa menunggang motosikal dengan aksi ‘Superman’ sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2024 di daerah ini dalam satu operasi bermula pukul 9 malam 31 Disember hingga 4 pagi ini. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, dalam satu kenyataan berkata perbuatan mereka itu boleh membahayakan nyawa diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. “Susulan aksi berbahaya itu, polis menahan enam penunggang motosikal berusia 17 hingga 28 tahun. Semua mereka ditahan bersama motosikal masing-masing dan dibawa ke Ibu Pejabat…
Read MoreDay: January 1, 2024
PBB akan kemuka cadangan kajian semula persempadanan
KUCHING 1 Jan. – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mengemukakan cadangan mengenai kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Presidennya Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata jawatankuasa khusus yang ditubuhkan PBB bertanggungjawab untuk melihat isu persempadanan semula itu. Katanya , buat masa ini perkara persempadanan semula masih lagi dalam kajian dan PBB akan mengemukakan cadangan sahaja kerana keputusan muktamad adalah pada bidang kuasa SPR. Abang Johari yang juga Premier Sarawak berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Dataran Ibu Pertiwi di…
Read MoreEmpat kematian baharu akibat Covid-19
KUCHING 1 Jan. – Empat kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan dalam Minggu Epidemiologi Ke-51 iaitu antara 17 hingga 23 Disember 2023 dengan tiga daripadanya dilaporkan di Kuching dan satu kes di Miri. Ini menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 sepanjang tahun lalu meningkat kepada 13 orang sepanjang tahun lalu. Timbalan Premier Sarawak, Amar Douglas Uggah Embas berkata, dalam tempoh sama peningkatan hampir 50 peratus dalam kes jangkitan yang disahkan di seluruh negeri. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, berkata dalam Minggu Epidemiologi 51, sejumlah 942 kes dilaporkan…
Read More114 sertai Program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 5.0
SEPANG 1 Jan. – Seramai 114 golongan asnaf berlepas ke Jeddah malam tadi bagi menunaikan ibadah umrah melalui Program Umrah Asnaf Jelajah Kasih 5.0 yang ditaja syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. (Andalusia). Daripada jumlah itu, seramai 81 orang asnaf dari Negeri Sembilan mendapat tajaan bersama kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Melalui program itu juga Andalusia turut menaja asnaf dari Sabah (7), Kelantan (15), Wilayah Persekutuan (10), Melaka (2) di samping penyertaan lima wartawan media cetak dan elektronik dan lima pengiring dari MAINS. Mengucapkan selamat…
Read MoreSPR tidak ada rancangan kajian semula persempadanan
PUTRAJAYA 1 Jan. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak merancang untuk melaksanakan kajian semula persempadanan bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah berikutan lat tempoh yang masih berkuat kuasa. Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, ia juga hanya boleh dilaksanakan apabila terdapat pindaan ke atas komposisi bilangan keanggotaan Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN). Beliau juga menjelaskan urusan itu hanya boleh dilaksanakan selepas tamat lat tempoh lapan tahun dari tarikh siapkan kajian terdahulu. Bagi maksud tersebut, urusan kajian semula persempadanan terdahulu bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu telah selesai dijalankan pada…
Read MoreBerita pilihan….
70 peratus rumah musnah, 21,822 terbunuh
YGAZA: Media kerajaan melaporkan, kira-kira 70 peratus rumah di kawasan Palestin yang terkepung musnah sepenuhnya selepas hampir tiga bulan pengeboman tanpa henti tentera Israel ke atas Gaza. Laporan Wall Street Journal menunjukkan kira-kira 300,000 daripada 439,000 rumah musnah manakala laporan lain pula memaklumkan, lebih 200 tapak warisan dan arkeologi musnah akibat serangan itu. Menganalisis imej satelit, laporan itu menambah bahawa 29,000 bom yang digugurkan menyasarkan kawasan perumahan, gereja Byzantine, hospital dan pusat beli-belah dengan semua infrastruktur awam rosak sehingga tidak dapat dibaikpulih. Menurut saintis politik di Universiti Chicago yang menulis…
Read MoreBendera Sarawak kini dikenali Ibu Pertiwi
KUCHING 1 Jan. – Sempena sambutan Tahun Baharu 2024 dan Perasmian Tiang Bendera Sarawak,di sini malam tadi, Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg mengumumkan bendera negeri Sarawak kini dikenali sebagai ‘Ibu Pertiwi’. Beliau turut mengumumkan nama kawasan kompleks dataran bagi lokasi tiang bendera tersebut sebagai ‘Dataran Ibu Pertiwi’, manakala tiang bendera dikenali sebagai tiang ‘Ibu Pertiwi’. “Ibu Pertiwi membawa maksud kedaulatan kepada Sarawak, ia juga menunjukkan kehebatan negeri Sarawak dengan warna (bendera) merah, hitam dan kuning,” katanya ketika berucap pada sambutan ambang tahun baharu peringkat negeri di Tebingan Kuching di…
Read More