70 peratus rumah musnah, 21,822 terbunuh

YGAZA: Media kerajaan melaporkan, kira-kira 70 peratus rumah di kawasan Palestin yang terkepung musnah sepenuhnya selepas hampir tiga bulan pengeboman tanpa henti tentera Israel ke atas Gaza.

Laporan Wall Street Journal menunjukkan kira-kira 300,000 daripada 439,000 rumah musnah manakala laporan lain pula memaklumkan, lebih 200 tapak warisan dan arkeologi musnah akibat serangan itu.

Menganalisis imej satelit, laporan itu menambah bahawa 29,000 bom yang digugurkan menyasarkan kawasan perumahan, gereja Byzantine, hospital dan pusat beli-belah dengan semua infrastruktur awam rosak sehingga tidak dapat dibaikpulih.

Menurut saintis politik di Universiti Chicago yang menulis mengenai sejarah pengeboman udara, Robert Pape, perkataan ‘Gaza’ akan menjadi sejarah bersama-sama dengan Dresden (Jerman) dan bandar terkenal lain yang dibom.

Terdahulu Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas, berkata sekurang-kurangnya 21,822 orang sudah terbunuh di wilayah Palestin sejak perang dengan Israel meletus pada 7 Oktober lalu manakala 56,451 orang cedera.

Related posts

Leave a Comment