Empat kematian baharu akibat Covid-19

KUCHING 1 Jan. – Empat kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan dalam Minggu Epidemiologi Ke-51 iaitu antara 17 hingga 23 Disember 2023 dengan tiga daripadanya dilaporkan di Kuching dan satu kes di Miri.

Ini menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 sepanjang tahun lalu meningkat kepada 13 orang sepanjang tahun lalu.

Timbalan Premier Sarawak, Amar Douglas Uggah Embas berkata, dalam tempoh sama peningkatan hampir 50 peratus dalam kes jangkitan yang disahkan di seluruh negeri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, berkata dalam Minggu Epidemiologi 51, sejumlah 942 kes dilaporkan iaitu peningkatan  311 kes atau 49.29 peratus berbanding 631 minggu sebelumnya.

Dalam perutusan sempena sambutan Tahun Baharu 2024, semalam beliau berkata, , empat kematian disahkan dijangkiti varian baharu Omicron iaitu JN.1 dan HK.3.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk terus berwaspada dengan mengambil langkah perlu serta mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak jangkitan Covid-19.

“Langkah berwaspada itu terutamanya kalangan orang tua, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai komorbiditi.Ini kerana terdapat tanda-tanda kes muncul semula dengan subvarian HK.3 dan JN.1 kini dikesan di negeri ini,” katanya.

Related posts

Leave a Comment