Individu bergelar Tun juga perlu disiasat

PUTRAJAYA 27 Dis. – Individu yang mempunyai darjah kebesaran berpangkat ‘Tun’ juga perlu disiasat sekiranya tidak dapat menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka memperoleh kekayaan, kata Dr Mahathir Mohamad

Malahan bekas Perdana Menteri  itu juga menegaskan, jika gagal membuat penerangan perolehan itu, aset individu itu juga perlu disita.

Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, bukan satu keperluan untuk memperoleh bukti dokumen berhubung salah laku mereka dan syak wasangka semata-mata tidak mencukupi.

“Mereka yang berpangkat Tun bukan sahaja perlu disiasat. Mereka perlu ditahan reman sehingga mereka mendedahkan punca kekayaan mereka. Jika tidak, ia bermaksud mereka menyembunyikan sesuatu.

“Rasuah perlu dihapuskan sama sekali. Jika Peguam Negara berpandangan dakwaan itu bersifat politik, maka menjadi hak Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan. Pasport perlu dipulangkan kerana ini adalah hak Peguam Negara. Mahkamah tidak boleh personal keputusan Peguam Negara,” kata Dr Mahathir dalam hantaran di akaun media sosialnya hari ini.

Dr Mahathir berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang berpegang kepada undang-undang dan pesalah pertama mesti menerima tindakan penuh undang-undang.

“Jika hukuman sebat itu wajib, maka pesalah perlu disebat. Undang-undang Malaysia adalah yang peraturan tertinggi. Kita semua perlu patuh kepadanya,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, susulan sitaan sebuah bangunan baru-baru ini.

Related posts

Leave a Comment