Thailand naik gaji minimum Januari

BANGKOK: Thailand akan menaikkan gaji minimum di negara itu pada Januari, dan merancang untuk menaikkan lagi gaji minimum pada Mac.

Perdana Menteri, Srettha Thavisin, yang mengumumkan demikian bagaimanapun menganggap kenaikan itu terlalu rendah.

Sebuah jawatankuasa gaji, terdiri daripada wakil kerajaan, majikan dan pekerja, sebelum ini bersetuju menaikkan gaji minimum harian sebanyak 2.37 peratus, berkuat kuasa pada Januari.

Parti Srettha, Parti Pheu Thai yang memerintah, berkempen di atas platform populis, dengan rancangan utama untuk menaikkan gaji minimum harian kepada 400 baht (RM53.52).

Gaji minimum semasa adalah antara 328 dan 354 baht (RM43.87-RM47.35), berbeza antara kawasan di negara itu, dengan jawatankuasa bersetuju untuk menaikkan julat ambang gaji kepada 330 baht kepada 370 baht. (RM44.16-RM49.50).

Related posts

Leave a Comment