Prabowo dahului tinjauan pendapat

JAKARTA: Tinjauan antara 23 dan 24 Disember lalu, yang dikeluarkan Indikator Politik Indonesia, menunjukkan Menteri Pertahanan dan calon presiden, Prabowo Subianto akan memperoleh 46.7 peratus undi pada pilihan raya tahun depan.

Indikator meletakkan bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo sebagai lawan terdekatnya, dengan 24.5 peratus undi, manakala bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan mendapat sokongan 21 peratus.

Prabowo, yang bertanding bersama anak lelaki Presiden Joko Widodo, Gibran Rakabuming Raka, 36.

Sementara itu, tinjauan oleh Kompas pada bulan ini memberi Prabowo 39.3 peratus undi dan meletakkan Anies sebagai lawan terdekatnya dengan 16.7 peratus, diikuti Ganjar, 15.3 peratus.

Tinjauan Indikator dijalankan selepas perbahasan di televisyen antara calon presiden pada 12 Disember lalu dan calon naib presiden pada 22 Disember.

Pada perbahasan di televisyen, Gibran mempertahankan agenda ekonomi bapanya, terutama pembangunan ibu kota baharu.Tiga lagi perbahasan dijangka diadakan sebelum pilihan raya.

Dalam pada itu, Prabowo bangga dengan pasangannya Gibran yang dapat menjawab dan menjelaskan setiap pertanyaan dan pernyataan dengan singkat, padat dan jelas.ketika perbahasan baru-baru ini.

“Terus terang saya sangat bangga dengan calon wakil presiden saya, kalau saya seorang guru yang memberi nilai pada saat ujian akan saya beri nilai 99,” katanya melalui hantaran di Facebooknya.

(Foto FB Prabowo)

Related posts

Leave a Comment