Waspada ketika lakukan aktiviti laut

PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.

Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim Hamid Mohd Amin berkata mereka yang ingin melakukan aktiviti laut perlu menyemak ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi memandangkan keadaan laut kini bergelora akibat Monsun Timur Laut.

Dalam satu kenyataan, Maritim Malaysia menggesa semua pihak yang akan ke laut untuk memastikan keselamatan diri dengan memakai jaket keselamatan semasa belayar, memancing atau sebarang kegiatan yang melibatkan pergerakan di laut.

Selain itu, orang awam yang melakukan aktiviti di laut juga dinasihatkan untuk membawa bersama alat Personal Locator Beacon kerana ia dapat membantu dan mempercepatkan bantuan carilamat di laut apabila berlaku kecemasan.

Hamid turut menasihati pengusaha bot pelancong supaya mematuhi semua peraturan dan undang-undang laut ditetapkan seperti memastikan kapasiti maksimum penumpang dan pemakaian serta penyediaan jaket keselamatan yang mencukupi dengan jumlah penumpang.

Related posts

Leave a Comment