SINGAPURA 29 Dis. – Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, mengingatkan warga Singapura supaya berwaspada dan belajar melindungi diri daripada penipuan susulan tersebar video yang kononnya beliau mempromosikan produk pelaburan secara online. Video palsu tersebut menggunakan teknologi ‘deepfake’ iaitu teknik merubah wajah seseorang pada gambar atau video menggunakan gambar asli melalui kaedah tindan wajah. “Baru-baru ini, terdapat beberapa video audio ‘deepfake’ tentang saya yang dikatakan mempromosikan penipuan crypto. (Timbalan Perdana Menteri) Lawence Wong juga telah menjadi sasaran! “Para penipu ini menggunakan teknologi AI (kecerdasan buatan) untuk meniru suara dan gambar kami.…
Read MoreDay: December 29, 2023
Urus perbezaan antara parti cabaran terbesar Kerajaan Perpaduan
PUTRAJAYA 29 Dis. – Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook sedar cabaran terbesar Kerajaan Perpaduan adalah bagaimana mengurus perbezaan antara parti yang berlainan dan menyatupadukan seluruh tenaga ke arah matlamat yang sama. Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata, percanggahan pendapat dalam isu-isu tertentu akan timbul dari masa ke semasa dan ini merupakan lumrah dalam dunia politik dan sistem demokrasi. “Kita perlu bertenang dalam menguruskan sebarang keadaan dan sentiasa berpegang kepada semangat permuafakatan,” katanya dalam mesej Tahun Baharu 2024 melalui Facebooknya malam ini. Beliau berkata pemimpin utama DAP dan anggota Jemaah…
Read MoreBukan Islam jangan campuri hal ehwal Islam
SHAH ALAM 29 Dis. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan orang politik khususnya yang bukan beragama Islam untuk tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal agama Islam. Malah, baginda meminta penganut agama-agama lain seharusnya mencontohi umat Islam yang tidak mencampuri hal ehwal agama lain di Malaysia. Dalam hal ini, baginda berkenan memetik ayat ke-enam Surah al-Kafirun di mana Allah SWT telah berfirman, (yang bermaksud) “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku” Baginda menitahkan demikian susulan cadangan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan…
Read MorePas kesal DAP terus undang polemik
KUALA LUMPUR 29 Dis. – Tindakan berterusan pemimpin DAP khasnya yang berada di luar kerajaan, membuat kenyataan-kenyataan yang bersifat divisif yang mengundang polemik tidak perlu berpotensi mencetuskan suasana tidak harmoni dalam masyarakat. Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan berkata, kecenderungan itu boleh mewujudkan ketidakharmonian berpanjangan mengikut garis kaum dan agama dalam masyarakat yang seharusnya dihindari sepenuhnya. Pas yang kesal dengan perkembangan ini merujuk cadangan Ngeh Koo Ham supaya kerajaan melantik pakar undang-undang dalam kalangan bukan Islam bagi membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-undang Islam yang ditubuhkan awal…
Read MoreKenyataan Koo Ham satu kekhilafan – Anthony Loke
PUTRAJAYA 29 Dis. – Kenyataan Ngeh Koo Ham yang mencadangkan pelantikan pakar perundangan bukan Islam menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Bidang Tugas Mahkamah Syariah merupakan satu kekhilafan mengenai punca kuasa penubuhan jawatankuasa tersebut. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dalam kenyataannya berkata, Jawatankuasa tersebut ditubuhkan oleh Majlis Kebangsaan Hal- Ehwal Agama Islam (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Ia bertujuan untuk menasihati Majlis tersebut dengan cadangan-cadangan memperkasakan bidang tugas Mahkamah Syariah. “Sebarang cadangan oleh jawatankuasa tersebut yang melibatkan sebarang pindaan undang-undang perlu dibawa ke Jemaah Menteri untuk…
Read MoreCadangan Koo Ham tidak berasas
PUTRAJAYA 29 Dis. – Cadangan berkaitan pelantikan pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Menggubal Undang-Undang Islam (Jawatankuasa Khas) adalah tidak berasas. Justeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata semua pihak diseru supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengundang kegelisahan awam. Katanya, dalam perkara dasar pentadbiran hal ehwal Islam termasuk isu dasar perundangan dan kehakiman syariah yang membabitkan urusan umat Islam, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa merujuk Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama…
Read MorePangkat bukan untuk bermegah – Ayob Khan
KUALA LUMPUR 29 Dis. – Pangkat bukan untuk bermegah-megah sebaliknya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini. Ketika memberi peringatan itu kepada pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau berkata, pangkat datang dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan ikhlas dan jujur. “Walau sebesar mana pangkat kita, kita akan bersara juga, tiada yang kekal selama-lamanya. Yang datang akan pergi, yang naik akan turun dan yang hidup akan mati. “Ia bukan untuk kita bermegah-megah. Ingatlah dosa pahala, dunia dan…
Read MoreKoo Ham tidak berpijak di bumi nyata
KUALA LUMPUR 29 Dis. – UMNO menolak pelantikan pakar bukan Islam dalam Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah, malah menyifatkan cadangan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham sebagai ‘tidak berpijak di bumi nyata.’ Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penegasan itu sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan. Katanya , cadangan wakil rakyat DAP berkenaan juga hanya akan mencetuskan polemik tidak perlu dalam suasana harmoni rakyat pelbagai agama dan kaum selama ini. Tambahan pula, Mahkamah Syariah dikhususkan kepada rakyat beragama Islam, manakala proses menambah baik dan menaik tarafnya sejak UMNO menerajui…
Read MoreBerita pilihan..
Pemimpin “duri dalam daging”
SEPANG 29 Nov. – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan Ahli Parlimen Beruas, dari DAP Ngeh Koo Ham, sebagai contoh pemimpin yang tidak mahu memahami sensitiviti orang islam di negara ini. Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata, pemimpin seperti inilah yang menjadi duri di dalam daging bagi Kerajaan Perpaduan yang turut melibatkan kerjasama anggota parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). “Anthony Loke Siew Fook (Setiausaha Agung DAP) sila pilih sama ada mahu melindungi pemimpin seperti ini ataupun mahu memelihara hubungan sesama parti di dalam kerajaan perpaduan “Jika mahu menjaga pemimpin…
Read More