SINGAPURA 28 Dis. – Cubaan empat lelaki untuk membawa masuk vape dari Malaysia melalui Pusat Pemeriksaan Tuas gagal apabila mereka ditahan ketika satu pemeriksaan kereta yang mereka naiki pada 21 Disember lalu, Suspek yang berusia 16, 18, 20 dan 24 tahun ditahan untuk siasatan dua hari selepas pihak berkuasa Singapura mengumumkan bahawa ia akan mengetatkan lagi pemeriksaan penguatkuasaan di pusat pemeriksaan bagi membanteras vape. Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam kenyataan bersama menyatakan hasil siasatan menunjukkan suspek membeli vape dan komponen berkaitan dari sebuah…
Read MoreDay: December 28, 2023
Angka mangsa banjir meningkat
SEPANG 28 Dis. – Sebanyak 26,827 mangsa banjir direkodkan di 16 daerah di lima negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sehingga pukul 12 tengah hari ini, berbanding 25,849 semalam. Berdasarkan Laporan Harian Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), ia membabitkan 8,486 keluarga yang ditempatkan di 130 pusat pemindahan sementara (PPS). Menurut NADMA, tiga daerah yang paling teruk terjejas ialah Pasir Mas, Kelantan membabitkan 18,293 mangsa daripada 5,958 keluarga, diikuti Dungun, Terengganu (2,966 mangsa, 834 keluarga) dan Tumpat, Kelantan (1,732 mangsa, 592 keluarga). Turut terjejas 13 daerah lain iaitu…
Read MoreDaim nafi terbabit rasuah, salah laku
PUTRAJAYA 28 Dis. – Bekas Menteri Kewangan Daim Zainuddin menafikan beliau dan keluarganya terbabit dalam rasuah atau sebarang salah laku, sebaliknya mendakwa siasatan terhadapnya bermotifkan politik. Daim mendakwa, sehingga kini beliau tidak dimaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukannya walaupun sudah berkali-kali mengajukan perkara itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). “Saya boleh mendedahkan bahawa kami menerima surat yang ditandatangani oleh (Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri) Azam Baki sendiri yang menolak secara langsung untuk memberitahu apa kesalahan saya. “Namun, terdapat usaha terancang untuk memburukkan saya dengan mengeluarkan maklumat salah dan sindiran tidak…
Read MoreRM50 juta bantu mangsa banjir Kelantan
PASIR MAS 28 Dis. – Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM50 juta untuk mangsa banjir di Kelantan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau berkata, peruntukan itu akan disalurkan terus kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) dan kawasan sekitar. “Menerusi peruntukan berkenaan, setiap keluarga akan menerima RM1,000 dan tambahan bantuan lain bergantung pada kerugian yang dialami mangsa banjir,” katanya selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di sini, hari ini. Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.…
Read MorePilihan raya PBT mungkin selepas 10 tahun
SERDANG 28 Dis. – Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkemungkinan boleh diadakan selepas tempoh 10 tahun lagi, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming. Beliau berkata, tempoh itu selepas KPKT berjaya menyiapkan lebih 50,000 projek kemudahan awam. Katanya, setiap perkara ada masa yang tepat untuk melaksanakannya dan Pilihan Raya PBT yang sudah ditangguhkan sejak 1963 bukan keutamaan ketika ini susulan negara baru pulih daripada pergolakan politik. Menurut beliau waktu kini adalah untuk redakan suhu politik dan fokus kepada kerja yang boleh membawa manfaat kepada rakyat. “Bagi…
Read MoreTMM 2024 sasar 8 juta pengunjung
KUALA LUMPUR 28 Dis. – Kerajaan Melaka menyasarkan kehadiran lebih lapan juta orang pelancong ke negeri itu sepanjang Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, kata Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh. Katanya, berdasarkan rekod yang diperoleh baru-baru ini sejumlah 55,000 kenderaan masuk ke Melaka setiap hari, iaitu hasil perangkaan atau kajian yang dibuat setiap minggu terutama musim cuti sekolah. “Kalau nak dijangkakan, kita menyasarkan lebih lapan juta orang akan datang ke negeri ini sepanjang TMM 2024. Jika lebih daripada itu, ia menunjukkan Melaka adalah lokasi pilihan utama pelancong dan pengunjung,” katanya…
Read MoreTiga ujian saringan baharu FOMEMA
SEPANG 28 Dis. – Mulai 16 Disember lalu, semua pekerja asing termasuk yang baharu tiba serta mereka yang mahu memperbaharui prosedur proses pekerjaan.perlu menjalani tiga ujian saringan kesihatan baharu. Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) dalam kenyataan berkata, tiga ujian saringan kesihatan baharu itu ialah ujian Filariasis, Hepatitis C dan ujian pengesanan dadah Methamphetamine. “Ujian ini didorong oleh komitmen terhadap pertimbangan yang teliti, mengiktiraf keperluan untuk melindungi komuniti kita daripada potensi risiko kesihatan yang dibawa masuk ke Malaysia,” kata FOMEMA. Menurut kenyataan itu lagi, sejajar ujian saringan baharu itu,…
Read MoreBerita pilihan…
Mangsa banjir di Kelantan meningkat
KOTA BHARU 28 Dis. – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 21,066 orang setakat pukul 10 malam tadi berbanding 17,335 orang pada sebelah petang dengan empat lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka. Kesemua mangsa daripada 6,797 keluarga itu berlindung di 67 PPS di lima daerah iaitu Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat dan Gua Musang. Portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan, jumlah mangsa di Pasir Mas meningkat kepada 18,364 orang berada di 37 PPS berbanding 15,546 orang petang semalam. Mangsa banjir paling ramai berlindung di…
Read MoreIsrael terus ganas gempur Gaza
GAZA: Tentera Israel semakin ganas untuk menghapuskan Hamas dengan menggempur tengah Gaza melalui darat, laut dan udara, semalam menyebabkan puluhan kematian hanya dalam satu serangan. Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan, serangan udara Israel membunuh 20 rakyat Palestin, hari ini berhampiran Hospital Al-Amal di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza. Israel tidak mempedulikan gesaan antarabangsa yang semakin meningkat untuk gencatan senjata, di tengah-tengah krisis kemanusiaan. Ketua Staf Israel, Herzi Halevi berkata pertempuran akan berlangsung ‘berbulan-bulan’ dan tidak akan ada ‘penyelesaian ajaib’ atau ‘jalan pintas’. Gangguan telekomunikasi di kebanyakan kawasan menghalang usaha untuk…
Read More