Mangsa banjir di Kelantan meningkat

KOTA BHARU 28 Dis. – Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 21,066 orang setakat pukul 10 malam tadi berbanding 17,335 orang pada sebelah petang dengan empat lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Kesemua mangsa daripada 6,797 keluarga itu berlindung di 67 PPS di lima daerah iaitu Pasir Mas, Kuala Krai, Tanah Merah, Tumpat dan Gua Musang.

Portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan, jumlah mangsa di Pasir Mas meningkat kepada 18,364 orang berada di 37 PPS berbanding 15,546 orang petang semalam.

Mangsa banjir paling ramai berlindung di Pasir Mas adalah di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi (2,061 orang), SK Sri Rantau Panjang 2 (1,948 orang) dan SK Gual To’ Deh (1,827 orang).

Selain itu, mangsa banjir di Kuala Krai juga meningkat kepada 1,136 orang (19 PPS) berbanding 1,105 orang sebelum ini, Tumpat (1,121 orang, empat PPS), Tanah Merah (327 orang, lima PPS) dan Gua Musang (118 orang, dua PPS).

Nn

Related posts

Leave a Comment