SEPANG 28 Dis. – Mulai 16 Disember lalu, semua pekerja asing termasuk yang baharu tiba serta mereka yang mahu memperbaharui prosedur proses pekerjaan.perlu menjalani tiga ujian saringan kesihatan baharu.
Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) dalam kenyataan berkata, tiga ujian saringan kesihatan baharu itu ialah ujian Filariasis, Hepatitis C dan ujian pengesanan dadah Methamphetamine.
“Ujian ini didorong oleh komitmen terhadap pertimbangan yang teliti, mengiktiraf keperluan untuk melindungi komuniti kita daripada potensi risiko kesihatan yang dibawa masuk ke Malaysia,” kata FOMEMA.
Menurut kenyataan itu lagi, sejajar ujian saringan baharu itu, bayaran bagi menjalani pemeriksaan kesihatan pekerja asing juga berubah dengan RM207 bagi lelaki, wanita (RM217) dan RM27 (pembatalan/pemulangan semula)
Selain itu, FOMEMA memaklumkan, majikan perlu melengkapkan proses pendaftaran bagi pekerja asing baharu dalam tempoh tujuh hari bekerja daripada bermula daripada tarikh ketibaan.
“Untuk mereka yang ingin memperbaharui prosedur pekerjaan, majikan perlu melengkapkan pendaftaran dalam tempoh tiga bulan
proses pendaftaran sebelum permit pekerjaan tamat tempoh,” kata kenyataan itu.
