Amanah bina kekuatan baharu hadapi PRU16

BANG Mat @ Mohamad Sabu tidak menjadi pilihan No.1 pada pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Amanah baru-baru ini. Beliau menduduki nombor lapan. Bagaimanapun melalui musyawarah Bang Mat tetap diangkat sebagai Presiden. Kedudukan Bang Mat sama seperti bekas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga menduduki tangga ke-8 semasa pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) 2022-2025. Guan Eng kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi DAP. Sistem diguna pakai Amanah dan DAP tidak menjamin mereka yang menerima undi tertinggi daripada perwakilan akan memikul jawatan utama. Sudah tentu dalam kalangan jawatankuasa yang terpilih, mereka mempunyai pandangan…

Read More

Sepakat bangunkan Selatan Thai, Utara Semenanjung

PUTRAJAYA 27 Dis. – Malaysia dan Thailand sepakat untuk membangunkan wilayah selatan Thailand dan utara semenanjung negara secara lebih pesat, sekali gus menjamin limpahan ekonomi dan kemakmuran di kedua-dua wilayah itu. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata komitmen bersama itu disepakati dua negara ketika pertemuan beliau bersama rakan sejawat, Srettha Thavisin di Phuket, Thailand semalam. “Jawatankuasa khas peringkat tertinggi antara kedua-dua negara perlu melaporkan kemajuan projek dan perkara-perkara yang dipersetujui pada pertengahan bulan depan,” katanya di Facebook hari ini. Anwar berkata, dalam pertemuan secara santai itu, perbualan mereka juga sempat menyinggung…

Read More

Warisan nafi dapat dana sindiket

KOTA KINABALU 27 Dis. – Parti Warisan (Warisan) menafikan tuduhan pihak tertentu, yang mendakwa kononnya parti itu mendapat dana atau mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah. Setiausaha Agung Warisan, Loretto Padua berkata, parti itu menganggap tuduhan yang dilemparkan sebagai fitnah politik melampau bagi menjatuhkan reputasi parti itu serta pemimpin-pemimpinnya. Justeru beliau memberi amaran, jika tuduhan itu berterusa, Warisan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan parti itu dengan apa-apa aktiviti atau sindiket haram yang melanggar undang-undang. “Warisan kesal masih ada segelintir pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab…

Read More

Individu bergelar Tun juga perlu disiasat

PUTRAJAYA 27 Dis. – Individu yang mempunyai darjah kebesaran berpangkat ‘Tun’ juga perlu disiasat sekiranya tidak dapat menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka memperoleh kekayaan, kata Dr Mahathir Mohamad Malahan bekas Perdana Menteri  itu juga menegaskan, jika gagal membuat penerangan perolehan itu, aset individu itu juga perlu disita. Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, bukan satu keperluan untuk memperoleh bukti dokumen berhubung salah laku mereka dan syak wasangka semata-mata tidak mencukupi. “Mereka yang berpangkat Tun bukan sahaja perlu disiasat. Mereka perlu ditahan reman sehingga mereka mendedahkan punca kekayaan mereka. Jika tidak, ia bermaksud…

Read More

UPKO tolak usaha ‘tebuk atap’ ganti kerajaan

PENAMPANG 27 Dis. – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan terus memberi sokongan padu kepada Kerajaan Perpaduan dan kekal dengan pendirian tidak menyokong sebarang usaha ‘tebuk atap’ menggantikan kerajaan sekarang. Presidennya, Ewon Benedick juga yakin perkara itu (tebuk atap) tidak akan berlaku susulan sokongan padu yang diberikan Sabah terhadap Kerajaan Perpaduan. “Saya antara wakil rakyat yang akan menghalang apa juga usaha dilaksanakan untuk menggantikan atau menggulingkan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya. Kita semua maklum selepas pilihan raya, akan ada gabungan parti yang bertanding bergabung untuk menubuhkan kerajaan dan pada…

Read More

Prabowo dahului tinjauan pendapat

JAKARTA: Tinjauan antara 23 dan 24 Disember lalu, yang dikeluarkan Indikator Politik Indonesia, menunjukkan Menteri Pertahanan dan calon presiden, Prabowo Subianto akan memperoleh 46.7 peratus undi pada pilihan raya tahun depan. Indikator meletakkan bekas gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo sebagai lawan terdekatnya, dengan 24.5 peratus undi, manakala bekas gabenor Jakarta, Anies Baswedan mendapat sokongan 21 peratus. Prabowo, yang bertanding bersama anak lelaki Presiden Joko Widodo, Gibran Rakabuming Raka, 36. Sementara itu, tinjauan oleh Kompas pada bulan ini memberi Prabowo 39.3 peratus undi dan meletakkan Anies sebagai lawan terdekatnya dengan 16.7…

Read More

Thailand naik gaji minimum Januari

BANGKOK: Thailand akan menaikkan gaji minimum di negara itu pada Januari, dan merancang untuk menaikkan lagi gaji minimum pada Mac. Perdana Menteri, Srettha Thavisin, yang mengumumkan demikian bagaimanapun menganggap kenaikan itu terlalu rendah. Sebuah jawatankuasa gaji, terdiri daripada wakil kerajaan, majikan dan pekerja, sebelum ini bersetuju menaikkan gaji minimum harian sebanyak 2.37 peratus, berkuat kuasa pada Januari. Parti Srettha, Parti Pheu Thai yang memerintah, berkempen di atas platform populis, dengan rancangan utama untuk menaikkan gaji minimum harian kepada 400 baht (RM53.52). Gaji minimum semasa adalah antara 328 dan 354 baht…

Read More