Pemegang kad OKU nikmati tambang percuma

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) boleh menikmati tambang percuma bagi pengangkutan awam mulai 1 Februari tahun depan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata tambang percuma itu termasuk semua perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel dan bas di Lembah Klang.

Berucap merasmikan projek perintis koc wanita MRT laluan Kajang di Stesen MRT, Bandar Tun Hussein Onn di sini, hari ini, beliau berkata, langkah itu satu inisiatif penting walaupun terdapat implikasi kewangan kepada pihak Prasarana.

Justeru beliau meminta supaya pengerusi dan ahli lembaga pengarah Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bersetuju dengan inisiatif ini sebagai satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) penting selari dengan hasrat dan prinsip Madani yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu prinsip ihsan kepada golongan OKU.

Perkhidmatan percuma ini adalah penambahbaikan, berbanding pas konsesi sebelum ini yang menawarkan diskaun 50 peratus ke atas tambang perjalanan untuk penumpang OKU.

Loke berkata, pihak konsesi akan mengeluarkan kad perjalanan baharu khusus untuk pemegang kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Nnnn

Related posts

Leave a Comment