KUALA LUMPUR 21 Dis. – Seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas satu operasi dilakukan di kawasan tumpuan warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin dan Kompleks Kota Raya. Serbuan melibatkan 1138 pegawai dan anggota dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman bermula pukul 11 pagi di mana 60 premis di lokasi berkenaan diperiksa. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majeed, berkata serbuan dijalankan selepas pihaknya menerima banyak aduan tentang kebanjiran warga asing serta masalah jenayah di lokasi itu yang rata-ratanya didalangi…
Read MoreDay: December 21, 2023
Memilih ‘Top 5’ Amanah membina kekuatan PRU16
ANWAR Ibrahim tidak menunggu keputusan pemilihan Amanah untuk mengisi kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup selepas kematian Salahuddin Ayub yang merupakan Timbalan Presiden Amanah. Perdana Menteri pada 11 Disember lalu, kira-kira dua minggu menjelang pemilihan Amanah 23 Disember ini bukan sekadar mengisi kekosongan di KPDN sebaliknya melakukan rombakan khususnya melibatkan pimpinan UMNO, DAP dan PKR. Akhirnya terisilah jawatan Kabinet kuota Amanah, yang kosong susulan kematian Salahuddin pada 23 Julai 2023. Bagaimanapun pengisian bukan di KPDN sebaliknya di Kementerian Kesihatan (KKM). Pilihan tepat apabila Pengarah Strategi Amanah,…
Read MoreSekolah vernakular, 2 NGO fail kebenaran merayu
KUALA LUMPUR 21 Dis. – Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan kewujudan dan penubuhan sekolah vernakular serta penggunaan bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah berkenaan adalah berperlembagaan. Pertubuhan berkenaan Gabungan Persatuan Penulis Malaysia (GAPENA) dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) memfailkan notis permohonan bagi kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan petang tadi melalui Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil. Firma guaman itu melalui satu kenyataan memaklumkan, permohonan kebenaran terbabit menamakan Menteri Pendidikan dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua, manakala 10 responden…
Read More14 jenis barang kawalan Krismas
KOTA KINABALU 21 Dis. – Sebanyak 14 jenis barang diketakkan di bawah kawalan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara sempena sambutan Krismas berkuat kuasa 23 hingga 27 Disember ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Armizan Mohd Ali berkata, kesemua barang itu dikawal melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Barangan berkenaan ialah daging kambing biri-biri bertulang import, harga runcit yang ditetapkan di Semenanjung ialah RM30 sekilogram, Sabah dan Sarawak masing-masing RM32 sekilogram sementara di Wilayah Persekutuan Labuan ialah RM34 sekilogram. Bercakap p pada…
Read MoreZIM perlu keluarkan sendiri 4,000 kontena
PUTRAJAYA 21 Dis. – Syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM, perlu menguruskan sendiri 4,000 kontena kendalian mereka yang terkandas di Pelabuhan Klang susulan larangan kapal berkenaan berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata setakat ini ada 4,000 kontena yang masih terkandas di Pelabuhan Klang khususnya di Westport yang patut dikeluarkan melalui syarikat perkapalan ini. “Jadi apabila kita ambil tindakan (larangan) ini, maka syarikat perkapalan ini perlu menghubungi syarikat perkapalan lain supaya mengangkut keluar kontena ini dalam masa terdekat untuk ke destinasi seterusnya,” katanya. Beliau berkata demikian…
Read MoreTol percuma dua hari sempena Krismas
PUTRAJAYA 21 Dis. – Pengguna lebuh raya membabitkan semua jenis kenderaan akan menikmati pengecualian bayaran tol selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Selasa ini, bersempena sambutan Krismas. Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui kenyataan memaklumkan, tol percuma itu melibatkan semua plaza tol kecuali di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Johor Darul Takzim. Pengecualian itu diberikan hasil persetujuan dicapai melalui mesyuarat pihaknya bersama syarikat konsesi. “Selaras semangat perpaduan Malaysia Madani, kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari kepada pengguna lebuh…
Read MoreSubvarian Omicron Covid-19 dikesan di Sarawak
KUCHING 21 Dis. – Subvarian Omicron Covid-19, HK.3 dan JN.1 kini dikesan di beberapa bahagian di Sarawak selepas meneliti 61 sampel, yang diperoleh dari November hingga Disember, tahun ini. Susulan itu, Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr David Perera, menasihatkan, orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga terutama pada musim perayaan akan datang. “Sila ambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu untuk mengelak jangkitan dan mencegah penularan, terutamanya memandangkan musim perayaan akan datang. “Ini penting untuk melindungi semua dan khususnya, individu yang berisiko,” katanya. Beliau berkata,…
Read MorePemegang kad OKU nikmati tambang percuma
KUALA LUMPUR 21 Dis. – Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) boleh menikmati tambang percuma bagi pengangkutan awam mulai 1 Februari tahun depan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata tambang percuma itu termasuk semua perkhidmatan transit aliran ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), monorel dan bas di Lembah Klang. Berucap merasmikan projek perintis koc wanita MRT laluan Kajang di Stesen MRT, Bandar Tun Hussein Onn di sini, hari ini, beliau berkata, langkah itu satu inisiatif penting walaupun terdapat implikasi kewangan kepada pihak Prasarana. Justeru beliau meminta supaya pengerusi…
Read More102 tanding AJK Pimpinan Nasional Amanah
SEPANG 21 Dis. – Konvensyen Nasional Amanah hujung minggu ini akan menyaksikan 102 orang menawarkan diri untuk mengisi 27 ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional 2023 – 2026 yang kemudiannya layak dipilih untuk lima jawatan utama parti. Di samping itu dua orang calon menawarkan diri untuk jawatan Speaker, tujuh bagi jawatan timbalan speaker dan empat juruaudit. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Dr Zulqarnain Lukman dalam satu kenyataan berkata, selepas tarikh tutup pengesahan pada 19 Disember lalu, 115 bersetuju menerima pencalonan, 38 menolak dan sembilan tidak memberi jawapan. Kira-kira 1,100 perwakilan yang mewakili sayap nasional,…
Read MoreAgihan pendapatan ASB 5.25 sen seunit
KUALA LUMPUR 21 Dis. – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023. Jumlah itu terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit. Agihan pendapatan syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu kekal kompetitif dan mengatasi penanda arasnya, kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank. Bilangan akaun ASB meningkat lebih 200,000 kepada 10.8 juta akaun, menunjukkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai instrumen simpanan…
Read More