BANGKOK: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengingatkan Thailand supaya menguatkuasa undang-undang dan sistem pemantauan terhadap vape dan rokok elektronik (e-rokok) bagi mengelak mudarat akibat ketagihan teruk pada masa depan. Menurut WHO, e-rokok menyebabkan ketagihan, berbahaya dan tidak selamat, sambil badan dunia itu memetik beberapa bukti saintifik menunjukkan e-rokok mengeluarkan bahan yang diketahui boleh menyebabkan kanser. Kenyataan WHO ini timbul ketika beberapa parti politik di Thailand bercadang untuk memansuhkan undang-undang berkaitan e-rokok. Wakil WHO ke Thailand, Dr Jos Vandelaer, mengeluarkan amaran itu beberapa hari selepas kenyataan rasmi WHO menggesa kerajaan seluruh dunia…
Read MoreDay: December 19, 2023
Ada keperluan mendesak selain pilihan raya PBT
KUALA LUMPUR 19 Dis. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menegaskan terdapat keperluan mendesak lain yang perlu dilaksanakan bagi menjamin kelestarian dan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan. “Saya ingin menekankan bahawa kita perlu meneliti perkara penting yang perlu dilaksanakan, khususnya di Kuala Lumpur, selain tidak menolak ada kepentingan seperti dilontarkan sebahagian pihak mengenai pilihan raya PBT,” katanya. Bagaimanapun katanya, pelaksanaan pilihan raya PBT tertakluk di bawah kuasa Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT). Justeru beliau bersedia mengadakan pertemuan dengan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming bagi…
Read MoreKPMC Haramain sedia perkhidmatan kesihatan di Makkah
KAJANG 19 Dis. – Pusat perubatan Kajang Plaza Medical Centre (KPMC) di sini hari ini melancarkan KPMC Haramain Sdn Bhd. yang akan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada jemaah haji dan umrah khususnya dari Malaysia. KPMC Haramain adalah sebuah syarikat usahasama antara KPMC, DAR iHsan Bhd dan Shaikh Fawaz Basharaheel dari Arab Saudi yang memiliki pusat perubatan terkemuka di Makkah iaitu Hospital Basharaheel. Kerjasama strategik ini akan membantu memudahkan jemaah khususnya orang kurang upaya, warga emas atau pesakit kronik, asma, jantung dan pesakit yang memerlukan dialisis . Ia juga menyediakan kemudahan peralatan…
Read MorePilihan raya PBT ada impak positif, negatif
ALOR SETAR 19 Dis. – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Hasmuni Hassan berkata, pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dilihat sebagai sistem kompleks yang mempunyai impak positif dan negatif jika dilaksanakan. Justeru, kerajaan perlu menimbangkan secara teliti bagi memastikan keadilan dan keberkesanan dalam pemerintahan tempatan sebelum melaksanakannya di samping mengelak ada pihak meraih laba atas angin secara mudah. “Kita bimbang ia akan hanya jadi seperti ‘tikus membaiki labu’, lebih buruk lagi membawa kerugian kepada rakyat jika ada pihak meraih laba atas angin secara mudah,” katanya dalam satu kenyataan. Hasmuni…
Read MoreBerita pilihan…
Kehilangan permata seni tanah air
BAGAN DATUK 19 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Allahyarham M Daud Kilau sebagai permata seni tanah air yang cukup berbakat dan berjiwa besar. Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi berkenaan. “Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni tanah air, Allahyarham Datuk M Daud Kilau? Sebagai anak jati Bagan Datuk, karya seni beliau bukan sahaja menjadi kebanggaan masyarakat di sini, tetapi juga di seluruh negara. Kehilangan beliau suatu yang mengejutkan dan tiada ganti,” katanya. Beliau juga…
Read MoreTakziah kepada keluarga M.Daud Kilau
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bintang legenda, Allahyarham M Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan (HTI), Teluk Intan, petang semalam. Melalui hantaran dalam media sosial rasminya, Anwar berterima kasih kepada Allahyarham M Daud kerana menghiburkan rakyat Malaysia dan menyifatkan seniman yang digelar Raja Gelek itu sebagai permata tanah air. “Saya utus takziah buat keluarga almarhum Datuk M Daud Kilau yang melaporkan Allahyarham telah kembali dijemput Ilahi, siang tadi. “Mendoakan Allahyarham diampuni rohnya dan diberi tempat yang terbaik di sisi-Nya. Semoga Allah SWT…
Read More