Kehilangan permata seni tanah air

BAGAN DATUK 19 Dis. – Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Allahyarham M Daud Kilau sebagai permata seni tanah air yang cukup berbakat dan berjiwa besar.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi berkenaan.

“Malaysia kehilangan seorang lagi permata seni tanah air, Allahyarham Datuk M Daud Kilau? Sebagai anak jati Bagan Datuk, karya seni beliau bukan sahaja menjadi kebanggaan masyarakat di sini, tetapi juga di seluruh negara.

Kehilangan beliau suatu yang mengejutkan dan tiada ganti,” katanya.

Beliau juga mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.

“Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham dan semoga tabah menghadapi ujian ini,” katanya.

Related posts

Leave a Comment