Kes baharu di Arab Saudi 942

JEDDAH 9 Mei – Hari kedua, Arab Saudi merekodkan kes jangkitan harian di bawah 1,000 kes iaitu 942 berbanding semalam 997 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit yang meninggal dunia pula 13 orang berbanding 14 semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes jangkitan yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 426,384 dan 7,072 kematian.

Riyadh merekodkan kes harian tertinggi iaitu 334 diikuti Makkah 286 dan daerah Timur 112.

Sementara itu sebanyak 1,064 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 409,740 manakala kes aktif pula 9,572 di mana 1,336 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment