Covid-19: Tiada cadangan mengulangi PKP

PUTRAJAYA 18 Dis. – Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini tidak bercadang untuk melaksana sebarang sekatan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak kebelakangan ini. Menteri Kesihatan,  Dr Dzulkefly Ahmad, berkata KKM berharap dapat melalui fasa peningkatan jangkitan ketika ini tanpa melalui sekatan termasuk PKP yang dilaksana pada awal pandemik dulu. “Kita dah tak cakap mengenainya (sekatan) atau akan mengulangi PKP. Sebab banyak yang tanya dan banyak kegusaran di situ,” katanya pada sidang media di KKM di sini petang ini. Sebanyak 20,696 kes baharu Covid-19 direkodkan sepanjang…

Read More

Kawalan ketat prosedur biasa polis

IPOH 18 Dis. – Polis menafikan dakwaan layanan ‘double standard’ berhubung kawalan ketat terhadap pegawai kanan polis yang didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada hari ini atas tuduhan membunuh pelajar lelaki tingkatan lima, Jumaat lalu. Timbalan Ketua Polis Perak, Azizi Mat Aris menjelaskan, kawalan tersebut merupakan prosedur biasa polis membawa orang kena tuduh (OKT) ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan. Manakala, kawalan ketat yang dilakukan di sekitar kawasan mahkamah adalah untuk menjaga keselamatan kerana kes itu menarik perhatian umum. “Kita membuat kawalan di mahkamah tadi itu adalah bagi menjaga keamanan dan…

Read More

PBT: Tiada jaminan Melayu dapat kerusi, majoriti

KUALA LUMPUR  18 Dis. –  Cadangan mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di ibu negara akan menyebabkan berlaku monopoli kaum khususnya kaum Cina dalam menguasai kerusi PBT di Kuala Lumpur. Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Azhar Yahya berkata, cadangan yang amat berbahaya itu tidak memberi jaminan orang Melayu mendapat kerusi dan suara majoriti bagi memastikan hak dan keistimewaan Islam dan Melayu dipertahankan. Katanya ini berdasarkan penguasaan DAP di lima dari 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur iaitu Kepong, Seputeh, Cheras, Bukit Bintang dan Segambut. Empat lagi kawasan campuran yang dikuasai…

Read More

“Kerajaan ini dibina bersama UMNO, bukan kerajaan DAP”

AYER KEROH 18 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO mengingatkan DAP supaya lebih sensitif dan menghormati keharmonian yang ada bukannya membangkitkan kenyataan yang hanya mencetuskan ketidaharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, berada di dalam Kerajaan yang sama tidak bermaksud semua perkara boleh dipersetujui kerana kerajaan ini bukanlah kerajaan DAP tetapi ia dibina dengan kehadiran UMNO. “Dan segala keputusan yang melibatkan kepentingan agama Islam,bangsa Melayu dan raja-raja Melayu kami tidak akan sedikit pon berganjak apa lagi mengalah!!,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau merujuk kenyataan mengenai…

Read More

Pegawai kanan polis dituduh membunuh

IPOH 18 Dis. – Pegawai kanan polis yang terbabit dalam kes kematian seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima pada Jumaat lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh. Pertuduhan ke atas Mohd Nazri Abdul Razak, 44, pegawai bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah berpangkat Deputi Superintenden, dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Tertuduh tiba di mahkamah dengan tangannya digari dari belakang, mengenakan baju T warna putih berseluar hitam memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret, S Punitha. Pertuduhan…

Read More

Kumpulan pertama pakej NUTP – Andalusia ke Tanah Suci

SEPANG 18 Dis. – Kumpulan pertama 71 pendidik dan keluarga berlepas ke Tanah Suci Makkah malam tadi menerusi kerjasama strategik antara Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP). Melalui kerjasama itu, Andalusia menawarkan pakej istimewa musim cuti sekolah pada harga sekitar RM8,652 (mengikut jenis bilik) berbanding harga biasa yang ditawarkan iaitu melebihi RM10,000. Presiden NUTP, Aminuddin Awang yang mengetuai kumpulan pertama itu berharap dapat menawarkan pakej sama pada musim cuti awal Januari 2025. Malahan Pengerusi Eksekutif Andalusia, Md. Daud Che Ngah berkata…

Read More

Putra tolak cadangan pilihan raya PBT

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Parti Putra menolak secara tegas cadangan DAP Kuala Lumpur yang menggesa pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dimulakan di ibu negara dalam usaha menegakkan demokrasi. Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata, cadangan Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai itu, tidak membantu langsung dalam memperkukuhkan perpaduan antara pelbagai kaum di negara ini. Dalam satu kenyataan, beliau sebaliknya berkata, ia hanya menunjukkan sikap yang tidak menghormati kedaulatan dan kepentingan rakyat Malaysia. Katanya, kenyataan tersebut turut menimbulkan kebimbangan dan kemarahan dalam kalangan masyarakat, terutama dalam konteks politik…

Read More

Jangan selesa dengan jawatan dalam kerajaan

SEREMBAN 18 Dis. – Parti Amanah Negara (Amanah) tidak boleh terlalu terlalu selesa hanya kerana mempunyai wakil dalam Kerajaan Persekutuan, kata Presidennya Mohamad Sabu. Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, mana-mana parti sekalipun tidak boleh bergantung kepada kedudukan dalam kerajaan untuk menguatkan kedudukan masing-masing. Beliau mengambil contoh apa yang berlaku ke atas UMNO dan Barisan Nasional (BN), parti yang kuat tetapi akhirnya boleh kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 dan 2022. “Dalam hal ini, saya mengingatkan ahli Amanah dan rakan-rakan lain supaya memberikan perhatian serius kepada…

Read More