“Kerajaan ini dibina bersama UMNO, bukan kerajaan DAP”

AYER KEROH 18 Dis. – Pergerakan Pemuda UMNO mengingatkan DAP supaya lebih sensitif dan menghormati keharmonian yang ada bukannya membangkitkan kenyataan yang hanya mencetuskan ketidaharmonian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, berada di dalam Kerajaan yang sama tidak bermaksud semua perkara boleh dipersetujui kerana kerajaan ini bukanlah kerajaan DAP tetapi ia dibina dengan kehadiran UMNO.

“Dan segala keputusan yang melibatkan kepentingan agama Islam,bangsa Melayu dan raja-raja Melayu kami tidak akan sedikit pon berganjak apa lagi mengalah!!,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kenyataan mengenai impian Perdana Menteri bukan Melayu oleh veteran DAP Lim Kit Siang dan Pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai berhubung pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di ibu negara sebagai perintis.

Katanya , kenyataan-kenyataan sebegini amat tidak perlu, ia umpama provokasi sengaja terhadap “status quo” persefahaman diantara kaum yang dikecapi selama ini yang beliau percaya Kerajaan Perpaduan juga tidak selesa situasi ini.

“Provokasi pendapat ini membuka ruang supaya ada perbincangan dan perbezaan pandangan yang akan melebarkan rasa tidak senang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kenyataan mengenai impian Perdana Menteri bukan Melayu oleh veteran DAP Lim Kit Siang dan terkini Pengerusi DAP Kuala Lumpur, Tan Kok Wai berhubung Pilihanraya bagi PBT, Wilayah Persekutan Kuala Lumpur sebagai perintis.

Mengulas lanjut isu pilihan raya PBT, beliau berkata demografi penduduk bedasarkan bancian di Kuala Lumpur adalah 1,588,750 orang, dan daripada jumlah itu hanya 45.9% penduduk Bumiputera.

“Jika diadakan pilihan raya, semestinya ketidakseimbangan akan wujud dan boleh dijangka apa kesudahannya,” katanya sambil menegaskan Pemuda UMNO tidak sesekali berkompromi dengan cadangan dan tindakan seumpama ini.

Katanya, selama enam dekad Malaysia ditadbir, ia bedasarkan konsensus dan kemuafakatan dengan disokong dan disenangi oleh majoriti.

“Kenyataan-kenyataan sebegini seolah ada mesej atau isyarat yang tersirat yang hendak disampaikan. Pimpinan DAP harus lebih sensitif dan menghormati kehormanian, bukan membangkitkan rasa tidak senang dan pesimis dalam kalangan masyarakat dan sesama kaum,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment