Ram Karpal beri laluan kepada abangnya Gobind

PETALING JAYA : Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh secara sukarela memberi laluan kepada Gobind Singh Deo apabila mengetahui abangnya akan dilantik menganggotai Kabinet. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata disebabkan hubungan adik-beradik itu, Ramkarpal merasakan adalah tidak sesuai untuk mereka berkhidmat sebagai menteri dan timbalan menteri dalam satu pentadbiran. “Oleh itu sekali lagi saya ingin ucapkan terima kasih kepada Ramkarpal kerana sudah banyak menyumbang dan melakukan perubahan serta banyak membantu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina…

Read More

Kementerian Perladangan dan Komoditi mencabar – Johari

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Kementerian Perladangan dan Komoditi adalah sebuah kementerian mencabar pada masa ini yang memerlukan pemikiran luar kotak, kata Menterinya yang baharu dilantik  Johari Abdul Ghani. Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, terdapat pelbagai perkara yang ingin dikongsikan dengan kementerian itu yang menjadi salah satu daripada komponen dalam ekonomi negara ini. “Kementerian Perladangan dan Komoditi merupakan satu komponen dalam ekonomi kita. Contohnya, kalau kita tengok dalam konteks pertanian negara kita, pertanian kita kira-kira lapan hingga sembilan peratus Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP). “Jadi,…

Read More

Lima menteri, 5 timbalan angkat sumpah jawatan

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Lima menteri dan lima timbalan menteri baharu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, di sini. Turut berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi. turut hadir menyaksikan majlis itu. Pada istiadat itu, kumpulan pertama diketuai…

Read More

Hui Ying ikrar pikul amanah baharu di Kementerian Kewangan

TANJONG 12 Dis. –  Ahli Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying menyifatkan jawatan baharu sebagai Timbalan Menteri Kewangan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sebagai cabaran baharu buat dirinya. Beliau yang menghargai tanggungjawab itu berikrar berusaha sedaya upaya menunaikan amanah yang baharu digalas berlandaskan dasar Kerajaan Perpaduan dan visi Perdana Menteri, serta mengamalkan prinsip integriti mulia. “Saya akan memikul amanah dan tanggungjawab yang penting ini dengan sebaik yang mungkin dan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat Malaysia,” katanya. Dalam rombakan Kabinet hari…

Read More

PKR diwakili 8 menteri, enam timbalan

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) diwakili lapan menteri penuh termasuk Perdana Menteri dan enam timbalan menteri dalam rombakan Kabinet yang diumumkan hari ini setahun selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan. Selain Perdana Menteri, Presiden PKR Anwar Ibrahim juga menjadi Menteri Kewangan, manakala Timbalan Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli dikekalkan sebagai Menteri Ekonomi. Setiausaha Agung PKR, Senator Saifuddin Nasution Ismail juga kekal sebagai Menteri Dalam Negeri. Naib Presiden Chang Lih Kang pula kekal sebagai Menteri Sains dan Teknologi; seorang lagi Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad mengetuai Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, iaitu…

Read More

Mampu bertahan setahun sebelum dirombak semula?

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Ketika  Anwar Ibrahim yakin barisan baharu Kabinet yang diumumkannya hari ini akan kekal sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari, meramalkan ‘Kabinet balas budi’ itu akan dirombak semula selepas setahun. Tanpa memberikan sebab mampu bertahan setahun, Ahli Parlimen Pasir Mas itu bagaimanapun menjelaskan maksud ‘Kabinet balas budi’ iaitu dengan mengekalkan Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, Ahmad Zahid pernah terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa sekali pun telah ‘dibersihkan’ dengan tindakan Peguam…

Read More

Penguasaan bahasa Melayu syarat mohon kewarganegaraan

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Penguasaan bahasa Melayu kekal menjadi syarat bagi permohonaan taraf kewarganegaraan, seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata dalam perkara itu, beberapa proses saringan dilaksanakan antaranya melalui ujian bertulis, temu duga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan bahasa Melayu pemohon. Katanya , di bawah bawah Perkara 16, pemohon hendaklah mempunyai tahap pengetahuan asas bahasa Melayu, manakala pemohon kewarganegaraan di bawah perkara 19 pula hendaklah mempunyai pengetahuan mencukupi bahasa Melayu. “Ini bermakna, tahap penguasaan bahasa Melayu…

Read More

Amir Hamzah bukan nama asing dalam dunia korporat.

DALAM senarai Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, satu nama yang tidak begitu dikenali dalam kalangan orang politik atau rakyat biasa adalah Amir Hamzah Azizan. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dilantik memegang jawatan penting sebagai Menteri Kewangan II dalam rombakan Kabinet bergandingan dengan Anwar sebagai Menteri Kewangan. Beliau adalah anak sulung kepada bekas Pengerusi dan Presiden Petronas, Tun Azizan Zainul Abidin. Amir Hamzah bukan nama asing dalam dunia korporat. Menurut Bernama,  beliau merupakan teknokrat kedua di Kementerian Kewangan yang mempunyai latar belakang korporat selepas bekas…

Read More

Portfolio tiga menteri UMNO berubah

PUTRAJAYA 12 Dis. – Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim hari ini, menyaksikan tiga pemimpin UMNO bertukar portfolio di samping kemunculan seorang lagi Naib Presiden UMNO sebagai menteri. Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan yang sebelum ini Menteri Pertahanan, dilantik sebagai Menteri Luar, menggantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang kini sebagai Menteri Pendidikan Tinggi. Dr Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menggantikan Naib Presiden UMNO,  Mohamed Khaled Nordin yang dilantik menerajui Kementerian Pertahanan. Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Johari Baharom…

Read More

Kementerian Kewangan perlu pasukan profesional

PUTRAJAYA 12 Dis. – Jawatan Menteri Kewangan II diwujudkan semula supaya kementerian berkenaan mempunyai pasukan profesional yang kuat untuk memastikan ia berada di landasan tepat dan fokus kepada ekonomi. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu juga antara sebab kenapa beliau memilih Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk mengisi jawatan berkenaan. “Pandangan saya dan saya fikir sudah ada konsensus bahawa Kementerian Kewangan selain diketuai saya, mesti ada pasukan profesional yang kuat untuk memastikan kita berada di landasan yang tepat dan fokus kepada ekonomi, tidak terganggu dengan tekanan lain.…

Read More