Lebih 5,000 mahu kembali ke Thailand

BANGKOK: Lebih 5,000 rakyat Thailand memohon untuk dihantar pulang berikutan konflik Palestin-Israel yang semakin memuncak.

Menurut jurucakap Kementerian Luar, Kanchana Patarachoke,  sejumlah 5,174 warga Thailand mendaftar untuk pulang secara sukarela, manakala 64 lagi menyatakan hasrat untuk kekal di Israel.

Bercakap pada sidang media, beliau memberitahu, beratus-ratus orang awam, termasuk warga Thailand, dipindahkan ke zon selamat sama ada tinggal di pusat perlindungan sementara atau bekerja sementara di ladang pertanian.

Terdapat kira-kira 30,000 rakyat Thailand di Israel, kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian.

Kanchana berkata RTE di Tel Aviv membuat pelarasan dengan syarikat penerbangan komersial untuk menghantar pulang lebih ramai warga Thailand.

Related posts

Leave a Comment