Pembayaran terbuka laluan LRT, MRT, Monorel

KUALA LUMPUR 26 Okt. –  Pelan pelaksanaan pembayaran terbuka sedang dimuktamadkan untuk rangkaian Rapid Rail merangkumi laluan transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya dan Ampang, selain transit aliran massa (MRT) serta Monorail. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sistem ini akan memperkenalkan penggunaan MyDebit dan kad kredit sebagai mod pembayaran tambahan di gantri, selain kaedah sedia ada menggunakan kad Touch ‘n Go ataupun token. Katanya, kerja-kerja reka bentuk dan pembangunan dijangka bermula Mac 2024 dan Prasarana akan mengambil tempoh 11 bulan iaitu sehingga Februari 2025 untuk menyiapkan 50 peratus daripada gantri…

Read More

Dakwaan PMX diancam kenyataan pelik, lucu

KUALA LUMPUR 26 Okt. –  Pas menyifatkan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa beliau “diancam” berikutan kritikannya terhadap kerajaan Israel dalam isu perang di Gaza sebagai pelik, malah melucukan. Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan sebaliknya, percaya kenyataan “alarmist” sebegini yang bertujuan untuk menonjolkan “kehebatan” dan “kepentingan” Perdana Menteri sudah menjadi ciri kekal pentadbirannya yang sehingga kini masih terkial-kial dalam mendapatkan sokongan dan kepercayaan awam. Katanya , jika “ancaman”  itu benar-benar wujud dan berlaku, sebagai ketua kerajaan, langkah wajar yang perlu diambil oleh Perdana Menteri ialah dengan memanggil duta atau wakil negara…

Read More

Malaysia mahu isu kekejaman Israel ke ICC, ICJ

KUALA LUMPUR 26 Okt. –  Isu berkaitan Palestin telah pun dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan masih dalam proses siasatan, kata Menteri Luar,  Dr Zambry Abdul Kadir. Katanya, mengikut peruntukan dalam Statut Rom, sesuatu kes jenayah antarabangsa yang tersenarai dalam Statut itu hanya boleh dirujuk kepada ICC oleh tiga pihak, sama ada negara-negara ahli Statut Rom di mana Malaysia bukan sebahagiannya, Majlis Keselamatan PBB atau Pendakwa Raya ICC. “Palestin sudah menerima pakai Statut Rom pada 2015. Susulan itu, Pendakwa Raya ICC sudah membuat pemeriksaan awal ke atas situasi Palestin,…

Read More

Dedah siapa berani ugut PMX, hantar nota bantahan

KUALA LUMPUR  26 Okt. –  Kerajaan diminta mendedahkan negara yang berani melakukan ugutan serta menekan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim susulan ketegasan Malaysia mempertahankan nasib rakyat Palestin. Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) berkata, pihaknya tidak sanggup melihat Anwar ditekan dan diugut seperti itu, dan Malaysia harus menghantar nota bantahan kepada kedutaan negara berkenaan jika ada di negara ini. “Apabila kita dengar Perdana Menteri menyatakan bahawa beliau menerima ugutan, ancaman, tekanan dan sebagainya, saya fikir menteri kena dedahkan negara mana yang berani menekan dan mengugut Perdana Menteri yang kita sayang ini. “Kita…

Read More

“Apa khabar, khabar baik, Terima kasih, sama-sama”

BAGI yang mengikuti persidangan Dewan Rakyat minggu ini, iaitu pada Isnin, 23 Oktober 2023, tentunya dapat mengingati soalan-soalan berkaitan taraf kewarganegaraan yang dibangkitkan oleh dua orang wakil rakyat. Lo Su Fui (GRS-Tawau) membangkitkan lebih satu juta penduduk di Sabah tidak berdokumen, dan mendakwa KDN tidak serius menyelesaikan isu kewarganegaraan walaupun pemohon dengan dokumen yang lengkap dan menang kes mahkamah. Sementara Dr. Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) mendakwa proses mendapat kewarganegaraan memakan masa tiga, empat tahun, kadangkala tak ada jawapan atau biasanya jawapan dalam proses. Beliau merujuk kes warga emas. Menjawab…

Read More

Malaysia komited sertai debat di PBB

PUTRAJAYA 26 Okt. – Malaysia komited untuk menyertai Debat Terbuka Peringkat Tinggi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai situasi di Asia Barat pada 24 Oktober dan Sesi Khas Kecemasan pada Perhimpunan Agung di ibu pejabat PBB, New York hari ini. Wisma Putra dalam kenyataan berkata, Malaysia turut menggesa pengisytiharan gencatan senjata ke atas semua tindakan keganasan termasuk perbuatan ganas, provokasi, hasutan dan kemusnahan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dalam kenyataan itu, Malaysia bersama Brunei, Bangladesh, Kemboja, Indonesia, Laos, Maldives, Timur Leste dan Vietnam menyokong permohonan kumpulan negara Arab dan Pertubuhan…

Read More