PUTRAJAYA 25 Okt. – : Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (JKSMN) yang bersidang hari ini mengetengahkan lapan kertas kerja dalam memastikan keterjaminan dan kestabilan makanan negara selamat serta mencukupi. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu, empat daripadanya adalah untuk mendapatkan kelulusan manakala selebihnya kertas makluman. Katanya, sesi mesyuarat turut memberi tumpuan dalam memperkasa sekuriti makanan negara melalui pelaksanaan inisiatif berimpak tinggi. Ini termasuk pelaksanaan Projek Industri Tenusu Negara melalui Projek Pembangunan Ladang Tenusu Integrasi di Chuping, Perlis serta Cadangan Pelaksanaan…
Read MoreDay: October 25, 2023
Tiada ritual agama Menteri KDN daftar perkahwinan
PUTRAJAYA 25 Okt. – Menteri Dalam Negeri selaku menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran perkahwinan sivil boleh melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam, selaras dengan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164]. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu kenyataan hari ini berkata, JPN adalah agensi yang bertanggungjawab melaksanakan pendaftaran perkahwinan sivil serta merekodkan maklumat perkahwinan dan perceraian bagi bukan Islam. “Berdasarkan Akta 164, Menteri Dalam Negeri adalah menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran perkahwinan sivil yang mana membolehkan beliau melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam. Selain Menteri Dalam Negeri, Ketua…
Read MoreSidang Dewan Rakyat tidak cukup kuorum
KUALA LUMPUR 25 Okt. – Sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat petang ini tertangguh seketika ekoran tidak cukup kuorum bersidang. Penangguhan dibuat selepas Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) membangkitkan peraturan mesyuarat 13(1), selepas mendapati kehadiran tidak cukup Ahli Parlimen sekurang-kurangnya 26 orang dalam dewan. “Tak cukup korum. Hanya 17, 18 orang saja. Ahli Parlimen kerajaan cuma tujuh orang (dalam dewan),” katanya. Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong mengarahkan loceng dibunyikan dan ia berlangsung selama kira-kira dua minit. Terdahulu, Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen…
Read MoreSerah peruntukan kepada JKM, Baitulmal
KUALA LUMPUR 25 Okt. – Jika tidak mahu memberi peruntukan secara terus kepada wakil rakyat pembangkang, Datuk Idris Ahmad (PN-Bagai Serai), mencadangkan ia diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal atau Pejabat Daerah. Beliau berkata tindakan sedemikian boleh dibuat jika kerajaan terus berdolak-dalih dan tidak percaya kepada Ahli Parlimen pembangkang, khususnya dalam menguruskan peruntukan di kawasannya. “Kalau peruntukan itu tak mahu bagi pada kami tidak apa, kononnya dituduh peruntukan ini nanti diberi kepada TikTok, tak apa. Tapi biarlah peruntukan ini ada di kawasan kami. Sekarang ini kami datang ke Parlimen,…
Read MoreLebar lebuh raya KL Karak suku kedua 2024
KUALA LUMPUR 25 Okt. – Dewan Rakyat diberitahu projek pelebaran jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dijangka dilaksanakan syarikat konsesi ANIH Berhad (ANIH) pada suku kedua 2024. Timbalan Menteri Kerja Raya, Abdul Rahman Mohamad, berkata projek itu antara lain akan mengetengahkan sistem kutipan tol tanpa henti dikenali Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), bertujuan melancarkan pergerakan trafik. Beliau berkata pelaksanaan projek pelebaran itu membabitkan jajaran bermula dari Plaza Tol Gombak ke persimpangan Central Spine Road, Bentong. Cadangan itu, katanya, dijangka dapat menyediakan lebuh raya selesa, cepat, mudah, cekap dan mampu menangani…
Read More18 pertuduhan pengubahan wang haram
KUALA LUMPUR 25 Okt. – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini dengan 18 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM6 juta. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Tasek Gelugor berusia 48 tahun itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sejurus semua pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Wan Saiful tiba di mahkamah pada pukul 8.20 pagi ini, dengan memakai sut hitam dan kemeja putih serta sempat bertanyakan khabar kepada beberapa pengamal media yang merakam video dan gambarnya. Pada 21 Februari lalu,…
Read MoreBerita pilihan…
Lebih 700 terbunuh semalaman
GAZA: Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel dalam tempoh semalaman, angka kematian tertinggi dalam tempoh 24 jam sejak serangan balas ke atas Hamas dilancarkan. Pada masa yang sama, tekanan antarabangsa semakin memuncak, akibat bantuan kemanusiaan yang dihalang memasuki Gaza, serta angka koban rakyat Palestin yang semakin meningkat. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti dunia kini terpaksa merayu supaya serangan kemanusiaan ke atas rakyat Palestin yang kekurangan makanan, air, ubat-ubatan dan elektrik di Semenanjung Gaza dihentikan. Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi dalam reaksinya mempersoalkan…
Read MoreSemakan daftar pemilih tambahan dibuka
PUTRAJAYA 25 Okt. – Sebanyak 42,699 nama warganegara yang berumur 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu dalam tempoh 1 hingga 30 September lalu, menunjukkan peningkatan berbanding 41,612 orang pada Ogos. Untuk rekod jumlah pendaftar baru yang didaftarkan sedara automatik pada Julai adalah 38,092 orang. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dalam satu kenyataan memaklumkan Daftar Pemilih Tambahan Bulan September 2023 (DPT BLN9/2023) yang diperaku serta diwartakan 24 Oktober 2023 dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 22 November ini. Setiausaha SPR, Ikmalrudin Ishak berkata daftar pemilih tambahan berkenaan…
Read More