Kuasai 2 negeri, pertahan 3 negeri

PUTRAJAYA 4 Julai – Blok kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memberi bayangan untuk menguasai dua negeri pembangkang dan mengekalkan penguasaan tiga negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal menjelang.

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, berkata secara dasarnya, tumpuan tetap akan diberi kepada semua enam negeri pada PRN nanti.

Beliau berkata, perkembangan semasa menunjukkan tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang akan kekal bertahan dan tumpuan seterusnya untuk menguasai dua lagi negeri.

“Saya lihat tiga negeri itu boleh bertahan, Insya-Allah dan kita boleh menjurus kepada dua negeri lagi,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Buku Adab Perbezaan Dalam Islam di Kompleks Islam Putrajaya, di sini, .

Anwar yang juga Perdana Menteri turut mengesahkan sudah selesai mengadakan perbincangan pengagihan kerusi dengan Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Setakat ini, tiada pertindihan kerusi antara PH-BN menjelang PRN itu nanti. Saya dan dia (Ahmad Zahid) hampir selesai (bincang) semuanya. Cuma kita beri ruang juga kalau ada pandangan yang dikemukakan kepemimpinan negeri sama ada PH atau BN,” katanya.

Related posts

Leave a Comment