SHAH ALAM 19 Okt. – Pas menafikan laporan berita sebuah media tempatan yang memaklumkan bahawa parti tersebut akan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN). Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelaporan berita tersebut jauh berbeza dari konteks ucapan beliau sewaktu perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas semalam, Rabu. “Saya merujuk kepada berita yang dilaporkan oleh NST bertarikh 19 Oktober 2023 yang bertajuk “Pas Muktamar: ‘Party will be part of unity govt’ (Parti (Pas) akan menjadi sebahagian dari Kerajaan Perpaduan”. “Di awal pelaporan berita,…
Read MoreDay: October 19, 2023
Afnan Hamimi Ketua DPP baharu
SHAH ALAM 19 Okt. – Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP), menggantikan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang tidak mempertahankan jawatan yang disandang selama sepenggal. Afnan Hamimi yang menang tanpa bertanding sebelum ini adalah Timbalan Ketua DPP yang kini disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Hafez Sabri manakala Muhammad Hanif Jamaluddin dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda. Hafez dan Muhammad Hanif juga diisytiharkan menang tanpa bertanding oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Pas Pusat Kali ke-69, Datuk Dr Ab Halim…
Read MoreKepemimpinan Muslimat Pas menang tanpa bertanding
SHAH ALAM 19 Okt. – Ketua Dewan Muslimat Pas (DMP) Nuridah Salleh mengekalkan jawatannya tanpa bertanding bagi penggal 2023-2025 pada pemilihan yang berlangsung sempena Muktamar Tahunan DMP di sini hari ini. Turut menang tanpa bertanding adalah Dr Rosni Adam sebagai Timbalan Ketua, dan Salamiah Mohd Noor kekal sebagai Naib Ketua. Pada masa yang sama, 12 ahli jawatankuasa kerja Dewan Muslimat juga menang tanpa bertanding. Mereka adalah Asmak Hussin, Mardhiah Hayati Salleh, Datuk Mumtaz Md Nawi, Dr Najihatussalehah Ahmad, Noraini Hussin, Norhafiza Fadzil, Reen Mohd Amin, Datuk Siti Ashah Ghazali, Dr…
Read MoreOIC gesa henti serangan, tarik kepungan
JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa serangan kejam Israel terhadap penduduk Palestin dihentikan segera dan kepungan Israel ke atas Semenanjung Gaza ditarik balik. Dalam kenyataan akhir yang dikeluarkan selepas mesyuarat luar biasa Jawatankuasa Eksekutif OIC di peringkat menteri luar, blok itu mengulangi sokongannya untuk “hak rakyat Palestin yang tidak boleh dipisahkan”. Ia termasuk hak mereka untuk menentukan nasib sendiri dan kepulangan pelarian Palestin, hak untuk kemerdekaan serta penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat mengikut sempadan 4 Jun 1967 dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negaranya. OIC juga mengesahkan semula sokongannya…
Read MoreDebat dengan sopan – Sultan Selangor
SHAH ALAM 19 Okt. – Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor berdebat dengan sopan dan mengelakkan sikap tidak bertamadun dalam persidangan Dewan. Baginda juga menitahkan agar Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) meneruskan kesinambungan mereka yang menggalas jawatan itu sebelum ini untuk mengendalikan persidangan Dewan dengan adil, lancar dan tidak berat sebelah. Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika menerima menghadap Speaker DUN Selangor, Lau Weng San di Istana Bukit Kayangan, di sini. Menurut kenyataan Selangor Royal Office, Baginda menitahkan agar Weng San meneruskan kesinambungan speaker…
Read MorePalestin: Tubuh Tentera Penyelamat OIC
SEPANG : Putra mendesak supaya ditubuhkan Tentera Penyelamat Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) seterusnya memasuki Gaza bagi menyelamatkan rakyat Palestin dari terus menjadi mangsa pengeboman dan senjata kimia Zionis Israel. Presiden Putra, Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali berkata, kerajaan Malaysia boleh menggerakkan usaha itu dengan menghantar notis kepada OIC supaya mengadakan Sidang Tergempar dan membawa usul menubuhkan pasukan tentera berkenaan. “Setiap anggota OIC boleh menghantar 1,000 orang tentera dengan aset-aset yang difikirkan perlu untuk menyelamatkan rakyat Palestin dan mempertahankan diri dari apa jua serangan,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau menjelaskan Tentera…
Read MorePejuang tidak letak calon di Kemaman
KUALA LUMPUR 19 Okt. – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Terengganu, pada 2 Disember ini, kata Presiden, Mukhriz Mahathir. Beliau turut menafikan khabar angin kononnya bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan bertanding sebagai calon pada PRK Parlimen Kemaman. “Kita tidak letak calon. Kami kini fokus untuk memperkukuh parti. Kita hendak bina kekuatan bagi menghadapi PRU16 (Pilihan Raya Umum ke-16),” katanya pada sidang media di sini, semalam. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi Parlimen…
Read MoreBerita pilihan…
PN harus bersedia terajui kerajaan
SHAH ALAM 19 Okt. – Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menyuarakan keyakinan bahawa parti itu akan kembali menjadi sebahagian parti yang akan memerintah Putrajaya. Katanya, Pas bersama Perikatan Nasional (PN) harus bersedia menerajui Kerajaan Persekutuan pada masa depan. Beliau mendakwa ramai pimpinan, wakil kedutaan asing pimpinan negara luar yang mengunjunginya secara keseluruhan membuat kesimpulan masa depan negara terletak kepada PN dan Pas. “Kita harus bersedia menerajui kerajaan pada masa hadapan. Pemuda (Pas) mesti melengkapkan hakikat tersebut dan bersama pimpinan menerajui kerajaan,” katanya ketika merasmikan Muktamar Pemuda Pas yang…
Read MoreBeri ruang kepada tenaga muda
SHAH ALAM 19 Okt. – Dewan Pemuda Pas (DPP) menggesa kepemimpinan parti lebih serius memberikan ruang dan peluang kepada tenaga muda tampil ke depan bagi mengisi kemenangan dalam pilihan raya, kata Ketuanya Ahmad Fadhli Shaari. Beliau menarik perhatian kepemimpinan dengan merujuk penyertaan calon muda yang begitu sedikit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, baru-baru ini. “Jika dibincang dari konteks Ketua Pemuda Negeri, hanya satu Ketua Pemuda Pas Negeri bertanding, di kerusi Kota Anggerik di Selangor, manakala lima negeri tidak membariskan ketua pemuda negeri atas pelbagai faktor,” katanya. Beliau berkata…
Read More