SHAH ALAM 18 Okt. – Kerajaan sewajarnya menyediakan sesi penerangan yang menyeluruh terhadap polemik Blok Ambalat ketika ini, kata Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) Ahmad Fadhli Shaari. Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata dokumentasi berkaitan triti perlu dinyahklasifikasi segera agar rakyat mengetahui setiap butiran dan terma yang telah dipersetujui. “Kami berpandangan rakyat di negara ini berhadapan situasi ‘Assymmetrical Information’ atau ketidaksepadanan maklumat di antara Malaysia dan Indonesia dalam isu Ambalat,” katanya. Beliau agak hairan apabila media Indonesia meraikan kejayaan rundingan 18 tahun Blok Ambdlat, sedangkan media dan rakyat di…
Read MoreDay: October 18, 2023
Jagdeep Timbalan Pengerusi DAP negeri
TANJONG 18 Okt. – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri menggantikan P Ramasamy yang keluar parti pada Ogos lalu. Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying, berkata, jawatan yang dipegang Jagdeep sebelum ini iaitu Naib Pengerusi negeri diambil alih oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim yang juga Timbalan Menteri Kewangan. Dalam kenyataannya, Hui Ying yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, jawatan Sim sebagai Setiausaha Publisiti DAP negeri pula diambil alih oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit Heng Lee Lee.…
Read MoreMuhyiddin bahas beras, Kota Melaka mencelah isu menantu
KUALA LUMPUR 18 Okt. – Dewan Rakyat kecoh lagi apabila Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) membangkitkan isu mengenai menantu Muhyiddin Yassin ketika Ahli Parlimen Pagoh itu menyentuh isu beras dalam perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 hari ini. Hampir setengah jam pertikaman lidah berlaku antara ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang susulan tindakan Poay Tiong itu dan kedengaran teriakan ahli Parlimen yang menyebut tarik balik dan tiada kaitan isu beras. Ketika mencelah perbahasan bekas Perdana Menteri itu, Poay Tiong bertanya apakah Muhyiddin tidak berhemah ketika menerajui pentadbiran hingga menantunya melarikan diri…
Read MoreMuhyiddin nafi ada kaitan dengan MYAirline
KUALA LUMPUR 18 Okt. – Muhyiddin Yassin, menafikan beliau mempunyai kaitan dengan syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline), yang menghentikan operasi secara mengejut baru-baru ini selepas beberapa bulan beroperasi. Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, beliau tidak mempunyai kaitan dengan pemegang saham, malah tiada pengetahuan mengenai latar belakang syarikat penerbangan berkenaan. Katanya, kelulusan pengoperasian MYAirline itu juga bermula selepas beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Perdana Menteri. “Saya dapati ada pihak yang cuba mengaitkan saya dengan kemelut yang melibatkan syarikat penerbangan MYAirline. Saya ingin menegaskan bahawa saya tiada kaitan langsung…
Read MoreTiada sangkaan jahat perbahasan Pengkalan Chepa
KUALA LUMPUR 18 Okt. – Perbahasan Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) semalam, berhubung isu tafsiran ayat al-Quran oleh Howard Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) tidak mempunyai ciri-ciri sangkaan jahat seperti dibangkitkan. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor, memutuskan perkara itu, berdasarkan rakaman perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 petang semalam. Beliau mentafsir ucapan Ahmad Marzuk tidak menjangkau sangkaan jahat berikutan isu tafsiran ayat al-Quran yang dikaitkan dengan sangkaan jahat itu memang sudah berlaku dan berlegar di media massa di luar Dewan. Sepanjang hujah Howard, katanya, tiada butiran yang…
Read MoreBerita pilihan..
Buktikan dakwaan Iskandar diugut
KUALA LUMPUR 18 Okt. – Buktikan! Itu permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin baru-baru ini kononnya Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid diugut supaya menyokong Kerajaan Perpaduan. Sambil menafikan dakwaan dibuat Hamzah itu, Perdana Menteri berkata tuduhan dibuat itu suatu yang serius dan sepatutnya dibuat laporan untuk disiasat. “Kalau dia (Hamzah) ada bukti dia kena bawa, tapi apa lagi dia nak kata. Yang saya tahu saya belum jumpa, belum hubungi dan saya tak hantar wakil, tak tahu siapa yang ugut. “Kalau ada bukti…
Read More4 kawasan IPU tidak sihat
KUALA LUMPUR 18 Okt. – Empat kawasan di tiga negeri di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini dengan Klang di Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 155. Tiga lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah Seri Manjung, Perak (123), Tangkak, Johor (119) dan Petaling Jaya, Selangor (107). Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, sejumlah 54 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana manakala 10 kawasan mencatat bacaan IPU baik. Untuk rekod bacaan IPU sifar hingga 50…
Read More