PSM jelaskan insiden rumput tercabut

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjelaskan standard tempoh masa penyediaan secara rapi rumput padang seharusnya mengambil masa 12 bulan untuk keseluruhan proses siap sepenuhnya. Walau bagaimanapun, pihak PSM hanya mempunyai tempoh lapan bulan di samping keadaan hujan sepanjang minggu lalu juga tidak membantu dalam penyediaan pertumbuhan padang baharu itu. PSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan beberapa tompok bertentangan ‘grandstand’ kurang kukuh akibat pendedahan cahaya matahari yang lebih rendah di kawasan terbabit. Sambil menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku, PSM berkata pihaknya menggunakan ‘grow light’ bagi merangsang…

Read More

Putra gesa kerajaan hantar nota bantahan

KUALA LUMPUR 14 Okt. –  Putra menggesa kerajaan Madani memanggil Duta Amerika Syarikat (AS) di sini bagi menyatakan kecaman Malaysia terhadap Israel yang terus melakukan kekejaman dan kezaliman ke atas rakyat Palestin. Presiden Putra Dr Ibrahim Ali berkata, pada masa yang sama, Kerajaan Madani perlu menghantar nota bantahan melalui Duta AS di sini,  Duta Malaysia di AS serta Duta Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Katanya, nota bantahan itu perlu sampai segera kepada Setiausaha Agung PBB sebagai tanda kecaman di atas perbuatan zionis Israel terhadap rakyat Palestin. “Nota bantahan…

Read More

1,447 terima anugerah kebesaran Sarawak

KUCHING 14 Okt. – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mendahului senarai 1,447 penerima anugerah kebesaran Sarawak sempena Ulang Tahun Kelahiran ke-87 Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini. Beliau adalah penerima tunggal Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Datuk Amar Bintang Kenyalang (DA) yang membawa gelaran “Datuk Amar”. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, ) Tan Sri Azam Baki pula adalah antara sembilan penerima anugerah Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa…

Read More

23 pegawai kanan terlibat pertukaran, naik pangkat

KUALA LUMPUR 14 Okt. –  Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman berkuat kuasa semalam. Berikutan itu, jawatan Mohd Azman sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak akan diambil alih Timbalannya, Datuk Mancha Anak Ata dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP). Setiausaha Polis Malaysia, Deputi Komisioner Polis (DCP) Alzafny Ahmad, berkata pelantikan Mohd Azman bagi menggantikan Datuk Seri Mat Kasim Karim yang bersara wajib, 30 September lalu. Mohd Azman antara 23 pegawai kanan polis yang terbabit dalam pertukaran dan kenaikan pangkat…

Read More

Padang baharu patut diberi lebih masa

KUALA LUMPUR 14 Okt. –  Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan padang baharu di Stadium Nasional, Bukit Jalil (SNBJ) sepatutnya diberikan lebih masa untuk berada pada kualiti terbaik. Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menyuarakan pandangan di Facebook selepas kualiti permukaan padang di Stadium Nasional yang baru dinaik taraf menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia dipersoal peminat bola sepak tanah air. Ia susulan rumput di SNBJ itu tercabut di beberapa bahagian padang ketika aksi sulung Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India, malam tadi. “Padang itu…

Read More