Singapura perkenal VoRT 1 Oktober

SINGAPURA 14 Ogos – Golongan pekerja di pusat beli-belah,  pasar raya serta pemandu teksi dan kereta sewa adalah antara 18 ‘bidang kerja’ yang dimasukkan dalam rejim “vaksinasi atau ujian berkala” Covid-19 (Vaccinate or Regular Test” (“VoRT”)) mulai 1 Oktober,ini.

Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataan semalam memaklumkan melalui rejim VoRT ini, invdividu yang belum menerima suntikan vaksin di  tempat kerja akan diuji bagi Covid-19 dua kali seminggu menerusi ujian pantas antigen.

Turut terlibat para pekerja penghantaran peringkat akhir, jurulatih sekolah memandu dan privet serta kakitangan barisan hadapan pengangkutan awam.

Para pekerja yang sudahpun di bawah rejim itu termasuk mereka dalam sektor jagaan kesihatan, jagaan warga emas dan sekitaran kerja melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah.

Begitu juga mereka yang berinteraksi dengan pelanggan dalam sekitaran berisiko tinggi di mana pelitup dibuka seperti para pekerja di sempadan Singapura atau petugas barisan hadapan Covid-19 serta mereka dalam perkhidmatan awam, premis makanan dan minuman, gim dan studio kecergasan serta khidmat jagaan peribadi.

Dalam kenyataannya, MoH juga menyatakan  bahawa Singapura akan membuka vaksinasi kepada pemegang pas jangka pendek yang berada di Singapura untuk “jangka panjang”.

Langkah itu diambil selepas “sebilangan besar” rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang sudahpun divaksinasi, menurut kementerian berkenaan.

Pemegang pas jangka pendek yang layak akan dimaklumkan menerusi SMS secara bertahap-tahap mulai 18 Ogos, menurut MOH. Kementerian itu akan memberi perincian lanjut tentang kelayakannya.

Bagi memudahkan akses suntikan, MoH  akan menambah  jumlah klinik persediaan kesihataan awam yang menawarkan suntikan vaksin di bawah program vaksinasi nasional kepada lebih 60 menjelang hujung bukan ini, berbanding 44 sekarang.

Mulai 18 Ogos, rakyat Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang berusia 12 tahun dan ke atas boleh ke mana-mana poliklinik atau klinik yang menyertai program tersebut untuk mendapatkan suntikan pertama tanpa janji temu.

Singapura juga akan membantu negara-negara jiran dengan menderma atau menukar ganti vaksin Covid-19 dengan negara-negara tersebut, setelah mengetepikan bekalan vaksin yang mencukupi untuk keperluan segera negara.

Related posts

Leave a Comment