Konsisten sokong perjuangan Palestin -ABIM

KUALA LUMPUR 8 Okt. – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa masyarakat di seluruh dunia untuk menyokong secara konsisten terhadap perjuangan rakyat Palestin  yang mendambakan kebebasan dan kemerdekaan tanah air mereka. Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pertembungan antara rakyat Palestin dan rejim Zionis Israel semakin memuncak pada ketika ini. “Pertembungan baru-baru ini adalah kesan daripada kezaliman dan penjajahan berterusan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Palestin, sejak sekian lama. “Justeru ABIM menyeru seluruh warga dunia untuk konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin,” katanya dalam satu kenyataan. Dalam perkembangan…

Read More

MSAM 2023 tarik 200,000 pengunjung

KEPALA BATAS 8 Okt. –  Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontaines, di Bertam di sini berjaya merekodkan kehadiran lebih daripada 200,000 orang pengunjung sepanjang sembilan hari program itu berlangsung. Karnival celik kewangan tahunan itu turut menarik perhatian pengunjung muda terutama dalam kalangan murid sekolah untuk mengikuti pelbagai aktiviti di situ. Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Arshad Raja Tun Uda berkata MSAM 2023 mendapat penglibatan menggalakkan oleh pengunjung di semua platform digital yang diadakan dalam bentuk hibrid, secara fizikal dan maya. Katanya, acara edutainment bertemakan “Bijak Melabur, Santai Berhibur”,…

Read More

IPU 162 tertinggi pada sebelah petang

PUTRAJAYA 8 Okt. – Sebanyak 19 stesen udara di lapan negeri merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat petang ini berbanding 18 pagi tadi dengan bacaan IPU tidak sihat tertinggi iaitu 162 berbanding 156 pagi tadi. Menurut kemas kini laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 4 petang, Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat tertinggi iaitu 162 diikuti Bukit Rambai, Melaka 161. Turut merekodkan IPU tidak sihat adalah Cheras (155), Putrajaya (151), Shah Alam (106), Klang (139), Banting (152), Seremban (137), Port Dickson…

Read More

Masjid sumbangan rakyat Malaysia di Gaza musnah

SEPANG 8 Okt. –  Sebuah masjid yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia di Palestin pada 2013 musnah akibat serangan bom tentera Israel. Masjid Muhammad Al-Amin di Gaza, yang dibina badan bukan kerajaan (NGO), Muslim Care Malaysia (MCM) kini musnah sepenuhnya tidak lagi boleh digunakan. Menerusi hantaran di Facebook, MCM berkata, pihaknya berjaya membina masjid itu pada penghujung 2013 untuk kegunaan rakyat Palestin. “Retak hati berkeping-keping melihat masjid yang tersergam indah hasil dana rakyat Malaysia pecah berderai kesan serangan bom oleh Zionis lsrael. “Penghujung 2013, kami mencipta sejarah apabila berjaya membina…

Read More

Hasil kesepaduan Kerajaan Perpaduan- Anwar

PUTRAJAYA 8 Okt. –   Anwar Ibrahim, menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai menunjukkan hasil kesepaduan rakan dalam Kerajaan Perpaduan selepas PRK di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram. Perdana Menteri berkata, ia juga meniup semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara, demi kesejahteraan rakyat berlandaskan kerangka ekonomi Madani. Menerusi perkongsian di Facebooknya, Anwar juga menyifatkan kemenangan itu sebagai bukti kesinambungan kecemerlangan Kerajaan Perpaduan mendobrak (menggempur) naratif fitnah dan perkauman sempit. Semalam, BN menerusi calonnya, Amizar Abu Adam memperoleh…

Read More

Pencapaian lebih baik berbanding PRU 15 – Muhyiddin

KUALA LUMPUR 8 Okt. –  Perikatan Nasional (PN) menunjukkan pencapaian yang lebih baik Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai berbanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) dengan mencatatkan peningkatan sebanyak 1,115 undi. Pengerusi PN,  Muhyiddin Yassin berkata, BN pula walaupun menang tetapi majoriti yang diperoleh merosot daripada 4,048 dalam PRU 15 kepada 2,949 dalam PRK yang berlangsung semalam. “Keputusan PRK ini juga menunjukkan BN gagal menambah sokongan walaupun parti itu telah bergabung dengan PH (Pakatan Harapan) dan seluruh jentera serta sumber kerajaan dikerah secara terang-terangan untuk membantu…

Read More

18 stesen catat IPU tidak sihat

PUTRAJAYA 8 Okt. – Setakat pukul 9 pagi hari ini, sebanyak 18 stesen udara di lapan negeri merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan tertinggi 163. Menurut kemas kini laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Pahat, Johor dan Bukit Rambai, Melaka mencatatkan bacaan IPU tertinggi itu. IPU tidak sihat juga direkodkan di Nilai (161), Larkin (158), Alor Gajah (156), Bandaraya Melaka (155), Segamat (155), Tangkak (155), Cheras (154), Port Dickson (153). Pasir Gudang (152), Seremban (151), Putrajaya (143), Banting (127), Rompin (120), Kemaman…

Read More

Gaza: Hadi ajak umat Islam solat hajat

KUALA LUMPUR 8 Okt. –  Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam di negara ini menunaikan solat hajat, membaca doa qunut nazilah dan bermunajat untuk keselamatan umat Islam di Gaza. Pada masa yang sama, umat Islam juga perlu mengadakan ‘Himpunan Solidariti bersama al-Quds’ sebagai bantahan terhadap tindakan zalim Israel yang merampas tanah bumi Palestin. Langkah itu susulan serangan udara yang dilakukan Israel di di Semenanjung Gaza sehingga mengorbankan lebih 160 orang rakyat Palestin dan 931 lagi cedera hari ini. Dalam satu kenyataan malam tadi, Abdul Hadi berkata, Pas mengikuti…

Read More