18 stesen catat IPU tidak sihat

PUTRAJAYA 8 Okt. – Setakat pukul 9 pagi hari ini, sebanyak 18 stesen udara di lapan negeri merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan tertinggi 163.

Menurut kemas kini laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Batu Pahat, Johor dan Bukit Rambai, Melaka mencatatkan bacaan IPU tertinggi itu.

IPU tidak sihat juga direkodkan di Nilai (161), Larkin (158), Alor Gajah (156), Bandaraya Melaka (155), Segamat (155), Tangkak (155), Cheras (154), Port Dickson (153).

Pasir Gudang (152), Seremban (151), Putrajaya (143), Banting (127), Rompin (120), Kemaman (111), Batu Muda (103), Paka (102).

Sementara itu, 44 stesen di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana termasuk Indera Mahkota Kuantan (99) diikuti Kluang (98), Petaling Jaya (97), Shah Alam (97), Klang (96) dan Pengerang (92).

Sementara itu, hanya lima kawasan di tiga negeri merekodkan IPU yang baik iaitu di Langkawi, Kedah merekodkan bacaan 47; di Sabah iaitu di Kota Kinabalu (49), Kimanis (28), Keningau (36) dan di Sibu, Sarawak (48).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Related posts

Leave a Comment