IPU 162 tertinggi pada sebelah petang

PUTRAJAYA 8 Okt. – Sebanyak 19 stesen udara di lapan negeri merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat petang ini berbanding 18 pagi tadi dengan bacaan IPU tidak sihat tertinggi iaitu 162 berbanding 156 pagi tadi.

Menurut kemas kini laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) setakat pukul 4 petang, Nilai, Negeri Sembilan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat tertinggi iaitu 162 diikuti Bukit Rambai, Melaka 161.

Turut merekodkan IPU tidak sihat adalah Cheras (155), Putrajaya (151), Shah Alam (106), Klang (139), Banting (152), Seremban (137), Port Dickson (155), Alor Gajah (153).

Bandaraya Melaka (153), Segamat (152), Batu Pahat (160), Tangkak (153), Rompin (115), Indera Mahkota Kuantan (103), Kemaman (109), Paka (116).

Berbanding tiga kawasan di Johor yang merekodkan bacaan tertinggi pagi tadi

Larkin dan Pasir Gudang menunjukkan penurunan iaitu 151 (156) dan 92 (152) manakala Batu Pahat meningkat kepada 160 berbanding 122 pagi ini.

Sementara itu, 45 stesen di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana termasuk Batu Muda dan Petaling Jaya (99), Kluang (93), Pasir Gudang (92), Johan Setia (MCAQM) (91) dan Jerantut (89).

Hanya empat kawasan di dua negeri merekodkan IPU yang baik iaitu di Sabah melibatkan Kimanis (28) dan Keningau (37) dan masing-masing 50 di Limbang dan Sibu, Sarawak.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Related posts

Leave a Comment