Mereka menang, tidak dicabar

RIUH rendah dalam kalangan ahli politik terutama musuh Pas yang seolah-olah ‘memperlekehkan keputusan’ pemilihan jawatan ‘Top 5’ sempena Muktamar Tahunan Pas ke-69 yang  dijadual berlangsung pada 20 hingga 22 Oktober ini. Banyak pihak yang dalam istilah politik, cuba ‘spin’ kenyataan atau pengumuman oleh Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan yang menyatakan tidak ada pertandingan bagi jawatan presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden. Dalam kalangan musuh Pas, ada yang cuba membandingkan pemilihan atau pertandingan di dalam UMNO yang mereka dakwa lebih ‘demokratik’ atau telus apabila hanya dua jawatan tidak dipertandingkan,  presiden…

Read More

4 langkah tambahan atasi isu beras putih tempatan

PUTRAJAYA 2 Okt. – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengumumkan empat langkah intervensi tambahan termasuk Ops Bersepadu Beras Putih Tempatan (BPT) bagi mengatasi isu kekurangan BPT dalam pasaran sejak beberapa minggu lalu. Menterinya,  Mohamad Sabu berkata, Pasukan Petugas Khas Ops Bersepadu BPT itu diketuai Timbalannya Chan Foon Hin yang akan memulakan operasi esok sekali gus meneliti kemungkinan berlaku manipulasi bekalan berkenaan. Operasi melibatkan Badan Kawal Selia Padi & Beras KPKM; Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN); Polis Diraja Malaysia (PDRM); Jabatan Kastam Diraja Malaysia…

Read More

Kos haji dijangka terus meningkat

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Kos haji tahun depan dijangka naik sehingga 11 peratus, disebabkan pelbagai faktor di luar kawalan Lembaga Tabung Haji (TH) termasuk pelaksanaan Cukai Nilai Tambah (VAT) di Arab Saudi. Bagaimanapun, Pengerusinya, Azman Mokhtar, berkata TH akan meneruskan bantuan kewangan haji atau subsidi secara bersasar untuk musim haji 1445H/2024M membabitkan jemaah dalam kategori B40 dan M40. Katanya , TH memang menjangkakan berlaku kenaikan sekitar lima hingga enam peratus setiap tahun untuk jangka panjang tetapi TH tetap sedaya upaya memberi  bantuan kewangan haji, khususnya kepada golongan memerlukan dan berkelayakan.…

Read More

400 jemaah B40 tolak bantuan bersasar

BANDAR TUN RAZAK 2 Okt. – Seramai 400 jemaah B40 yang layak menerima bantuan bersasar menunaikan haji tahun ini, menolak tawaran itu atas faktor kemampuan menunaikan Rukun Islam kelima itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata mereka mengambil inisiatif itu bagi memberi laluan kepada jemaah lain yang lebih memerlukan. “Mereka menolak subsidi itu sebaliknya serahkan bahagian mereka kepada jemaah lain lebih layak. Saya ucapkan terima kasih kepada golongan ini kerana membuat keputusan tidak terima subsidi demi manfaat penerima lain. Ini sedikit sebanyak membantu…

Read More

Kemiskinan: Berbaki tiga bulan, kerajaan ada formula

BENTONG 2 Okt. – Kerajaan akan mengumumkan ‘formula’ sekali gus menoktahkan kemiskinan tegar yang disasarkan pada penghujung tahun ini, iaitu yang berbaki dalam tempoh tiga bulan lagi. Timbalan Menteri Kewangan 1, Ahmad Maslan, berkata beliau menyedari kerajaan tidak mempunyai banyak masa namun kekal optimis ‘formula’ ampuh yang sudah ada sekarang mampu menoktahkan kemiskinan tegar dalam negara ini. Beliau berkata ketika ini terdapat sekitar 130,000 keluarga dikategorikan sebagai miskin tegar tetapi Kementerian Kewangan (MoF) tidak memiliki kemas kini berkenaan berapa jumlah keluarga yang berjaya keluar dari kancah itu, kerana datanya disimpan…

Read More

16 kawasan IPU tidak sihat

SEPANG 2 Okt. –  Sebanyak 16 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan sehingga 164, setakat pukul 10.30 pagi ini. Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), rekod tertinggi itu direkodkan di Cheras, Kuala Lumpur sementara di Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan masing-masing mencatat bacaan 163 dan 158. Bacaan IPU kategori tidak sihat pula dilaporkan di kawasan Putrajaya pada tahap 156, Petaling Jaya, Shah Alam dan Banting di Selangor (157), Port Dickson di Negeri Sembilan (156) sementara tiga kawasan merekodkan…

Read More

Pembelian panik punca kekurangan bekalan

BENTONG 2 Okt. –  Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Mohamad Sabu mengulangi kenyataan sebelum ini bahawa kekurangan bekalan beras putih tempatan (BPT) dalam pasaran negara berpunca pembelian panik. Katanya, sebaran sebuah video yang menyebarkan berita palsu bahawa bekalan beras jenis itu bakal kehabisan juga menjadi punca pembelian panik. Selain itu, kementerian juga mengesan trend pengguna yang terpaksa beralih daripada membeli beras putih import (BPI) kepada BPT, ekoran kenaikan harga mendadak disebabkan tindakan India menghentikan eksport bahan mentah itu. Mohamad berkata situasi berkenaan mendorong pengguna ‘menyerbu’ pasar raya mahupun kedai…

Read More