16 kawasan IPU tidak sihat

SEPANG 2 Okt. –  Sebanyak 16 kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan sehingga 164, setakat pukul 10.30 pagi ini.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), rekod tertinggi itu direkodkan di Cheras, Kuala Lumpur sementara di Nilai dan Seremban di Negeri Sembilan masing-masing mencatat bacaan 163 dan 158.

Bacaan IPU kategori tidak sihat pula dilaporkan di kawasan Putrajaya pada tahap 156, Petaling Jaya, Shah Alam dan Banting di Selangor (157), Port Dickson di Negeri Sembilan (156) sementara tiga kawasan merekodkan bacaan pada tahap 153 iaitu di Bukit Rambai, Melaka.

Bacaan sama turut direkodkan di Batu Muda, Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor.

Turut mencatat bacaan IPU melebihi 100 ialah Klang, Selangor (152), Alor Gajah, Melaka (138), Taiping, Perak (137), Seberang Jaya, Pulau Pinang (107) dan Tangkak, Johor (104).

Sebanyak 45 stesen APIMS di seluruh negara mencatatkan IPU sederhana manakala tujuh lagi merekodkan bacaan baik.

Related posts

Leave a Comment