Pelan komprehensif atasi bekalan beras – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan mengemukakan suatu pelan komprehensif dalam mengatasi masalah bekalan beras tempatan serta untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa mempunyai makanan di atas meja. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, ini termasuk penguatkuasaan yang lebih ketat dan menyeluruh bagi memastikan tidak ada pihak memanipulasi rantaian bekalan beras tempatan, menambah stockpile beras negara dan meningkatkan pengeluaran bahan makanan dalam negara. Katanya , tindakan secara ad-hoc seperti yang diambil pada masa ini tidak memadai untuk menjamin bekalan makanan sentiasa mencukupi dan boleh dibeli pada harga yang berpatutan oleh rakyat.…

Read More

Gardenia KL diminta jelaskan kenaikan

KUANTAN: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) diberi notis untuk menjelaskan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenai kenaikan harga 30 jenis roti miliknya bermula 1 Oktober ini. Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh, berkata syarikat berkenaan perlu menjawab notis itu, sebagai sebahagian daripada usaha pihaknya bagi mengelak berlakunya kenaikan harga yang tidak munasabah sehingga membebankan rakyat. Katanya, pihak Gardenia perlu menjawab notis yang dihantar semalam dalam tempoh enam hari. “Kita hendak tahu semua kos terlibat, sebagai contoh harga tepung digunakan, kos pengangkutan, borong dan runcit.…

Read More

Bernas beri jaminan beras putih cukup

KUALA LUMPUR: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) memberi jaminan bekalan beras putih adalah lebih daripada mencukupi bagi mengisi keperluan rakyat negara ini, tanpa perlu menggunakan bekalan stok penimbal. Bernas dalam satu kenyataan menjelaskan pihaknya telah menyalurkan sebanyak 630,000 tan metrik beras putih pada Januari hingga Ogos lalu. Menerusi langkah itu, syarikat terbabit berkata, ia menyaksikan peningkatan sebanyak 38 peratus lebih tinggi berbanding purata jualan bulanan bagi tempoh lima tahun lalu. “Ini bermakna, bekalan beras putih adalah lebih daripada mencukupi. Namun demikian, permintaan ke atas beras putih tempatan semakin meningkat disebabkan perbezaan harga…

Read More

Bersatu hati bangunkan negeri

KUALA NERUS 28 Sept. – Semua pihak termasuk rakyat perlu bersatu hati dan mengeratkan genggaman untuk bersama membangunkan negeri, titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Baginda bertitah, perpaduan sesama rakyat juga hendaklah ditingkatkan dengan mengikuti dan menelusuri sirah Baginda dan sahabat dalam mengamalkan segala tunjuk ajar dan perintahnya. Menurut Sultan Mizan, banyak contoh teladan yang boleh diikuti daripada sirah Rasulullah, terutama berkaitan akhlak Baginda. “Jaga keharmonian di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa, kaum dan agama, justeru kasih sayang dan sikap toleransi seharusnya dipupuk dan disemai di samping memangkin usaha…

Read More

Guna kepakaran Braille sebar syiar Islam

PUTRAJAYA 28 Sept. – Kepakaran dalam Braille membantu Zamzuri Ghani, penerima anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan tahun ini menyebarkan syiar Islam kepada golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan di negara ini. Beliau yang juga OKU penglihatan aktif dalam penerbitan dan pengedaran al-Quran Braille dan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Braille, selain menganjurkan kelas pengajian al-Quran Braille serta fardu ain. Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan berusia 48 tahun itu turut terbabit dalam mewujudkan 58 bahan bacaan Islamiah kepada OKU penglihatan. Pengurus Operasi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS) itu menyediakan buku teks…

Read More

Contohi akhlak Rasulullah SAW dalam berbicara

PUTRAJAYA 28 Sept. –  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengajak rakyat mencontohi akhlak Rasulullah SAW dalam membicarakan kebenaran serta menjauhi fitnah, kata dusta dan pembohongan. Baginda bertitah, keperibadian Rasulullah sebagai insan mulia dan seorang pemimpin amat terserlah selain memiliki sifat tawaduk yang tinggi dan tidak suka dipuja. “Setiap baris tutur kata baginda disulami dengan penuh kesantunan dan memancarkan keperibadian mulia, serta rasa hormat kepada teman bicara dan tidak pernah menuturkan tipu daya, apatah lagi nista kepada pengikut mahu pun penentangnya. “Justeru, marilah kita menerapkan akhlak mulia…

Read More

Taib Mahmud muncul selepas cuti rehat

KUCHING 28 Sept. – Selepas lebih dua bulan bercuti rehat susulan rawatan di luar negara, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud tampil di khalayak pagi ini bagi menyertai rakyat pada perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri. Ini merupakan kemunculan pertama sejak dilaprkan sakit ketika berada di luar negara dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital. Beliau bersama isteri, Toh Puan Ragad Kurdi Taib hadir di Padang Merdeka di sini, kira-kira pukul 8.30 pagi bagi menyertai rakyat Sarawak pada perhimpunan dan perarakan melibatkan lebih 10,000 orang. Hadir sama, Premier Sarawak,…

Read More