PUTRAJAYA 23 Sept. – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin menafikan terbabit dalam sebarang dakwaan berkaitan siasatan rasuah ke atas satu projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah membabitkan lebih RM80 juta. Bagaimanapun dalam kenyataannya hari ini Ahli Parlimen Putrajaya itu mengesahkan pegawainya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes berkenaan. “Saya tiada sebarang kaitan dengan percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah sama sekali. Saya tiada sebarang kaitan dengan syarikat OTR One & Only tersebut. “Isteri saya tiada sebarang kaitan dengan syarikat ATR One & Only tersebut. Perkara ini…
Read MoreDay: September 23, 2023
Kenyataan Negara PM Anwar Ibrahim
IZINKAN saya, bagi pihak negara dan rakyat Malaysia mengemukakan pandangan ke arah keamanan dan kesejahteraan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, September 2023. 1. KETIKA perhimpunan ini dimulakan hampir 80 tahun lalu, dunia masih terluka kesan pertumpahan darah yang dijanji tidak harus diulangi. Keputusan atas paksi kebijaksanaan, kemurnian hati dan bulat tekad, diambil supaya Perhimpunan Agung ini menjadi landasan utama dalam menentukan dasar dan suara Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). 2. Ketetapan itu jelas memperakui kekuatan dan kebenaran pegangan kita. Dengan memberi suara saksama kepada negara berdaulat,…
Read MorePertembungan tiga penjuru PRK DUN Pelangai
BENTONG 23 Sept. – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai 7 Oktober ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas. BN yang akan mempertahankan kerusi itu diwakili Amizar Abu Adam yang berasal dari FELDA Chemomoi manakala PN mencalonkan semula Kasim Samat atau Cikgu Kasim dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli. Pengumuman calon itu dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Pelangai, Mohammad Shahid Ismail di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul, di sini pagi ini. PRK DUN Pelangai diadakan…
Read MoreGesaan gugur undang-undang baharu hijab
GENEVA: Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) meminta pihak berkuasa Iran membatalkan undang-undang baharu bagi hukuman wanita yang melanggar peraturan berpakaian Islam yang ketat. Pejabat hak asasi manusia (PBB) yang menyifatkan hukuman itu sebagai menindas kesal dengan kelulusan Rang Undang-undang Kesucian dan Hijab yang mengancam wanita Iran yang melanggar kod berpakaian Islam iaitu mewajibkan penutup kepala dan pakaian sederhana dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun. Jurucakap, Ravina Shamdasani, berkata undang-undang itu disifatkan meningkatkan hukuman penjara dan memperuntukkan denda ke atas wanita dan gadis yang tidak mematuhi kod pemakaian wajib. “Selain hukuman…
Read MoreBerita pilihan…
Anwar pimpin Andrew peluk Islam
NEW YORK: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memimpin syahadah seorang lelaki memeluk Islam selepas menunaikan solat dan menyampaikan khutbah Jumaat di masjid Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), tengah hari semalam. Ketika Anwar beredar sambil bersalaman dengan jemaah selepas menyampaikan sumbangan al-Quran daripada kerajaan kepada masjid, pengacara majlis memaklumkan seorang lelaki dikenali sebagai Andrew Vinals mahu memeluk Islam dan memintanya tampil. Seorang pegawai masjid kemudiannya dilihat menjemput Anwar sambil pengacara majlis mengumumkan Perdana Menteri akan menyempurnakan pengislaman lelaki berkenaan. Menurut pegawai media daripada Pejabat Perdana Menteri, majlis itu adalah secara kebetulan…
Read MoreKhutbah PM sentuh konsep Madani, Islamofobia
NEW YORK : Khutbah Jumaat Anwar Ibrahim di sini turut mempromosikan tata kelola berdasarkan konsep Madani yang menekankan pentadbiran berkonsepkan Islam bagi melindungi semua lapisan masyarakat. Katanya, Malaysia menjayakan semangat Madani berdasarkan konsep negara Madinah yang mempromosikan kefahaman dan ilmu selain tidak mengenepikan kelastarian. “Kita melindungi golongan miskin, minoriti, …kita menjayakan semangat Madani berdasarkan konsep negara Madinah yang mempromosikan kefahaman dan ilmu selain tidak mengenepikan kelastarian. “Ia mempromosikan kebaikan dengan perbezaan difahami berdasarkan nilai kemanusiaan selain mempromosikan ehsan, belas dan rahmah,” katanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam…
Read More