KUALA LUMPUR 16 Sept. – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan rasa sukacita dan bangga berikutan roti canai kegemaran rakyat Malaysia dinobatkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas. Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada rakyat Malaysia atas kejayaan itu yang menyaksikan roti canai mengalahkan India yang popular dengan roti naan dan Eropah sebagai negara penghasilan pastri terbaik dunia. Menurut hantaran di Facebook Istana Negara, roti canai juga adalah pilihan makanan yang digemari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Menduduki ranking pertama dalam carta tersebut,…
Read MoreDay: September 16, 2023
Himpunan Aman Selamatkan Malaysia secara aman
KUALA LUMPUR 16 Sept. – Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang berlangsung di hadapan kompleks beli belah Sogo di sini, berakhir dengan para peserta bersurai secara aman. Perhimpunan bermula dengan peserta berarak dengan berjalan kaki dari Masjid Jamek Kampung Baru di sini ke kompleks Sogo selepas menunaikan solat Zuhor, bermula kira-kira pukul 1.50 tengah hari. Perarakan diketuai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Tun Faisal Ismail Aziz dan Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard. Kumpulan itu berarak kira-kira dua kilometer melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman dan…
Read MoreHimpunan gesa siasat pihak hentikan dakwa Zahid
KUALA LUMPUR 16 Sept. – Polis digesa melakukan siasatan ke atas semua pihak yang dikatakan terbabit dalam proses menghentikan pendakwaan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini. Ahli Majlis Tertinggi Muafakat Nasional, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata siasatan juga perli dilakukan ke atas Peguam Negara, bekas Peguam Negara, dan bekas Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang mengendalikan kes itu. Ini kerana, katanya, wujud dakwaan berlaku salah guna kuasa ke atas pemberhentian pendakwaan ke atas Ahmad Zahid, menyebabkan Pengerusi Barisan Nasional itu dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi…
Read MoreGerakan usulkan Muda sertai PN
BAYAN LEPAS 16 Sept. – Parti Gerakan berhasrat mengusulkan penyertaan Muda dalam Perikatan Nasional (PN) pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PN akan datang, kata Presidennya, Dr Dominic Lau. Beliau berkata, aspirasi dan agenda yang dibawa Muda selari dengan PN yang antirasuah dan tidak wajar, dua wakil rakyat parti itu diminta melepaskan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang masing-masing. “Pendirian Gerakan ialah kita mengalu-alukan Muda menyertai PN tetapi kita ada prosedur bahawa komponen parti atau pertubuhan yang ingin bersama-sama PN harus mendapatkan persetujuan dan melalui peringkat Majlis Tertinggi. “Muda boleh bersama-sama…
Read MoreSelamat Hari ATM ke-90
KUALA LUMPUR 16 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendoakan semoga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa. Sempena Hari ATM ke-90, hari ini, baginda selaku pemerintah tertinggi ATM, amat menyanjung tinggi dan merakamkan setinggi penghargaan atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan seluruh warga dan bekas anggota ATM dalam melindungi kedaulatan serta keselamatan negara. Menurut hantaran di Facebook, Istana Negara, Seri Paduka menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia ke-90 kepada seluruh warga angkatan tentera, veteran…
Read MoreBerita pilihan…
Versi terkini vaksin Comirnaty di Singapura
SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) meluluskan penggunaan versi terkini vaksin Comirnaty oleh Pfizer yang dikemas kini bagi mereka yang berusia enam bulan ke atas. Menurut satu kenyataan HSA, versi terkini vaksin itu dihasilkan bagi memastikan ia terus berkesan dalam memberi perlindungan daripada virus Covid-19 yang kian berubah. Menurut HSA, semakan perlu terus dilakukan untuk mengemas kini vaksin Covid-19 yang diluluskan penggunaannya bagi memastikan keberkesanan vaksin tersebut. Dalam semakan yang dilakukan itu, HSA berkata ia telah mempertimbangkan data menyeluruh yang diperoleh daripada versi vaksin Comirnaty sebelumnya. “(HSA juga mempertimbangkan) data tambahan…
Read MoreWarga emas meningkat di Thailand
BANGKOK: Pejabat Dasar Perdagangan dan Strategi, Kementerian Perdagangan, mengunjurkan penduduk warga emas di Thailand bakal mencecah 20.4 juta orang pada 2040, iaitu 31.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk. Pengarahnya, Poonpong Nainapakorn berkata, peralihan kepada masyarakat yang semakin tua bermula pada 2021 apabila terdapat 13.8 juta warga emas di negara itu, mewakili 20 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk. Katanya, peningkatan warga emas akan membawa kepada pengurangan tenaga kerja dan kemerosotan kepada penjanaan pendapatan, yang memerlukan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta bagi mencari penyelesaian. Faktor utama pertumbuhan berterusan dalam kalangan penduduk…
Read More