JOHOR BAHRU 9 Sept. – Pakatan Harapan (PH) terus menguasai kawasan Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini. Suhaizan Kayat, bekas Speaker DUN Johor mempertahankan kerusi Pulai yang dimenangi PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu selepas mengalahkan, Zulkifli Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) dan Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas). Bagaimanapun Suhaizan menang dengan majoriti lebih rendah iaitu 18,641 undi berbanding majoriti besar 33,174 diraih Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara…
Read MoreDay: September 9, 2023
Setakat 4 petang 42% mengundi di Pulai
JOHOR BAHRU 9 Sept. – Setakat pukul 4 petang, jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil adalah 42 peratus di kawasan Parlimen Pulai dan 56 peratus di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. Jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding pukul 2 petang sebanyak 33 peratus pengundi direkodkan untuk Parlimen Pulai, manakala di Simpang Jeram 44 peratus. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 205,810 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram hari ini. Daripada jumlah itu, 165,509 pemilih adalah pengundi bagi…
Read MoreTeo Nie Ching pimpin Wanita DAP
KLANG 9 Sept. – Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching, dipilih sebagai Ketua Wanita DAP yang baharu, menggantikan Chong Eng yang menyandang jawatan itu selama 22 tahun. Nie Ching yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, dipilih pada pemilihan sayap wanita itu sempena Kongres Wanita DAP di sini hari ini. Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, dipilih sebagai Timbalan Ketua Wanita, manakala Ahli Parlimen Bentong, Yong Syefura, sebagai Naib Ketua bersama bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, P Kasturiraani. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pula tersenarai sebagai Ahli…
Read MorePenjelasan Peguam Negara perlu meyakinkan umum
KLANG 9 Sept. – Jabatan Peguam Negara perlu memastikan umum yakin kepada keputusan Peguam Negara itu melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata, institusi berkenaan perlu mengambil langkah sepatutnya bagi memastikan umum terus yakin dengan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang di negara ini. Katanya, persoalan kini bukan mengenai penerimaan DAP pada penjelasan yang diberikan tetapi keyakinan dan penerimaan umum kepada keputusan Pejabat Peguam Negara itu. Loke berkata penjelasan Peguam Negara amat penting untuk rakyat memahami isu sebenar dan…
Read MoreSetakat 2 petang 33% Pulai, 44% Simpang Jeram
JOHOR BAHRU 9 Sept. – Setakat pukul 2 petang, jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil adalah 33 peratus di kawasan Parlimen Pulai dan 44 peratus di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding pukul 11 pagi ini, hanya 19 peratus pengundi direkodkan untuk Parlimen Pulai, manakala di Simpang Jeram 26 peratus. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 205,810 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram hari ini. Daripada jumlah itu, 165,509 pemilih adalah pengundi bagi…
Read MoreKoc khas wanita MRT laluan Kajang
KLANG 9 Sept. – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan memperkenalkan koc khas Transit Aliran Massa (MRT) untuk wanita dengan permulaan membabitkan laluan Kajang bulan depan, kata Menterinya, Anthony Loke. Beliau berkata langkah itu berikutan pihaknya mengambil maklum mengenai kebimbangan dibangkitkan penumpang wanita dengan risiko gangguan seksual setiap kali berada dalam koc yang penuh sesak. Ia juga mengambil kira kadar aduan diterima Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) berkaitan gangguan seksual dalam MRT yang semakin meningkat. “Kami faham perasaan pengguna wanita…walaupun tiada desakan daripada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita akan sediakan koc wanita…
Read MoreSantapan malam di Istana Nurul Iman
BRUNEI DARUSSALAM: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman, malam tadi. Menurut Facebook Istana Negara, majlis tersebut dihoskan oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Seri Paduka Baginda berdua berangkat tiba di Brunei pada Sabtu malam selepas menyantuni rakyat di Lawas, Sarawak dan bersemayam di Bandar Seri Begawan sebelum menyambung Kembara Kenali Borneo ke bandar raya Miri, Sarawak,…
Read MoreRaja Muda Selangor’tawan’ Kilimanjaro
SHAH ALAM 9 Sept. – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluki puncak Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter di Tanzania, semalam. Pendakian Tengku Amir diiringi oleh sepupu baginda, Syed Haizam Jamalullail; kekanda ipar, Aubry Rahim Mennesson; Orang Besar Istana, Orang Besar Istana, Tengku Ezrique Ezzuddean dan rakan baginda, Keong Yeen Keoh. Menurut kenyataan Selangor Royal Office, ekspedisi cetusan Tengku Amir Shah itu bertujuan mengumpul dana bagi menubuhkan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan bantuan pertuturan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.…
Read MoreBerita pilihan…
Beras putih: Skandal manipulasi pasaran?
KOTA KINABALU 9 Sept. – Situasi kekurangan beras putih tempatan ketika ini memberi gambaran seolah-olah berlaku skandal manipulasi pasaran, kata Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Pertanian Perikatan Nasional (PN), Dr Ronald Kiandee. Katanya, amat menghairankan keadaan itu berlaku apabila harga beras putih import naik hingga RM3.90 sekilogram, berbanding harga kawalan runcit beras putih tempatan yang lebih rendah iaitu RM2.60 sekilogram. Justeru, beliau menggesa Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bertindak lebih serius dan peka terhadap isu kekurangan beras putih tempatan yang berlaku ketika harga runcit beras putih import naik. Beliau menggesa KPKM…
Read More