JOHOR BAHRU 9 Sept. – Setakat pukul 4 petang, jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil adalah 42 peratus di kawasan Parlimen Pulai dan 56 peratus di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding pukul 2 petang sebanyak 33 peratus pengundi direkodkan untuk Parlimen Pulai, manakala di Simpang Jeram 44 peratus.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 205,810 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram hari ini.
Daripada jumlah itu, 165,509 pemilih adalah pengundi bagi Parlimen Pulai, sementara DUN Simpang Jeram membabitkan 40,301 pengundi.
