Santapan malam di Istana Nurul Iman

BRUNEI DARUSSALAM: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman, malam tadi.

Menurut Facebook Istana Negara, majlis tersebut dihoskan oleh Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, dan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Seri Paduka Baginda berdua berangkat tiba di Brunei pada Sabtu malam selepas menyantuni rakyat di Lawas, Sarawak dan bersemayam di Bandar Seri Begawan sebelum menyambung Kembara Kenali Borneo ke bandar raya Miri, Sarawak, hari ini.

(Foto Istana Negara)

Related posts

Leave a Comment