Raja Muda Selangor’tawan’ Kilimanjaro

SHAH ALAM 9 Sept. – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluki puncak Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter di Tanzania, semalam.

Pendakian Tengku Amir diiringi oleh sepupu baginda, Syed Haizam Jamalullail; kekanda ipar, Aubry Rahim Mennesson; Orang Besar Istana, Orang Besar Istana, Tengku Ezrique Ezzuddean dan rakan baginda, Keong Yeen Keoh.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office, ekspedisi cetusan Tengku Amir Shah itu bertujuan mengumpul dana bagi menubuhkan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan bantuan pertuturan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

“Antara penggerak utama misi meraih dana menerusi ekspedisi ini yang bermula pada 31 Ogos 2023 lalu, adalah berpunca daripada kos rawatan tinggi yang terpaksa dihadapi oleh keluarga kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan pertuturan.

“Ini termasuk anak perempuan kepada Syed Haizam yang menghidapi masalah sama sejak usia tiga tahun,” kata kenyataan itu.

Pada tahun 2012, ekspedisi pendakian hampir sama ke Gunung Kinabalu, Sabah yang turut disertai Tengku Amir bersama 23 kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Cheshire Home.

Kepada yang ingin membantu menyumbang kepada misi dana ini boleh berbuat demikian di https://www.simplygiving.com/speech-and-hearing-aid-centre-yprtu.

Related posts

Leave a Comment