Qari Malaysia, Qariah Maghribi johan Tilawah

KUALA LUMPUR 24 Ogos – Qari Malaysia, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, serta qariah Maghribi, Sara Belmamoun, muncul sebagai johan tilawah kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63, malam ini. Pada majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, Mohammad Qayyim memperoleh markah 94.96 peratus manakala Sara 93.05 peratus. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai, hadiah iringan serta sijil. Kejayaan Muhammad Qayyim Nizar dari Kelantan merupakan satu detik bersejarah dengan keistimewaan beliau membaca al-Quran menggunakan naskah al-Quran Braille. Sultan Perak, Sultan Nazrin…

Read More

Tingkat perpaduan melalui amalan ibadah

KUALA LUMPUR 24 Ogos –  Majlis Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa yang dicetuskan Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra pada tahun 1961 merupakan satu inisiatif menyatukan perpaduan rakyat, ummah dan penduduk dunia. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, ini kerana ummah yang terdiri daripada pelbagai bangsa, menguasai pelbagai bahasa dan mengamalkan pelbagai budaya dari serata dunia dipertemukan pada program itu. Titah baginda bermula dengan 13 peserta mewakili tujuh buah negara yang menyertai tilawah kali pertama kini  berkembang kepada 76 peserta daripada 52 buah negara dipertemukan di Kuala Lumour menyertai tilawah dan…

Read More

Pembekuan akaun bermotif politik – Hamzah

PUTRAJAYA 24 Ogos – Ketua Pembangkang,  Hamzah Zainudin, mendakwa, tindakan membekukan akaun bank milik beliau dan isterinya disebabkan wujud tekanan dan campur tangan pemimpin politik dalam kerajaan. Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan, pembekuan oleh pihak berwajib itu bermula semalam “Pembekuan ini yang kemudiannya disebarkan kepada media, merupakan usaha terdesak kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim untuk terus menekan pimpinan PN yang semakin mendapat kepercayaan rakyat. “Ia juga adalah satu taktik kotor berterusan bagi mencipta persepsi buruk terhadap PN, terutama selepas sokongan majoriti rakyat beralih kepada…

Read More

MB pegang tiga portfolio

SEREMBAN 24 Ogos – Menteri Besar Aminuddin Harun menerajui tiga portfolio iaitu Hal Ehwal Agama Islam dan Keselamatan, Kewangan, Tanah dan Sumber Alam serta Pelaburan, Infrastruktur, Utiliti dan Kemudahan Awam. Beliau mengumumkan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri di Wisma Negeri di sini, petang ini. Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias yang juga Exco Kanan diberi tanggungjawab mengetuai portfolio Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi; Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Terdahulu, 10 barisan Exco terbabit mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz…

Read More

Rauf dahului senarai penerima darjah Melaka

AYER KEROH 24 Ogos – Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh mendahului senarai 1,042 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri sempena Sambutan Hari Lahir Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam Ke-74, hari ini. Ab Rauf dikurniakan Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama pada sesi pertama istiadat yang berlangsung di Dewan Istiadat Seri Negeri, di sini. Ketua Polis Negara,  Razarudin Husain dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri. Istiadat yang diadakan sebanyak tiga sesi itu menyaksikan seramai 20 individu dianugerahkan…

Read More

Konsep Madani asas penting keadilan

AYER KEROH 24 Ogos – Prinsip diketengahkan dalam konsep Malaysia Madani perlu diterjemahkan secara baik dalam pembangunan ekonomi dan sahsiah di negeri ini, kata Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam. Katanya, konsep Malaysia Madani menjadi asas penting dalam memberi keadilan kepada seluruh rakyat tanpa sebarang diskriminasi atau penindasan. Menurut Mohd Ali, Malaysia Madani yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkumi aspek kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, ihsan dan rahmah. “Malaysia Madani menjadi asas penting dalam konteks pembangunan dan peradaban negara yang menyentuh aspek keseimbangan serta…

Read More

PRK Pelangai 7 Oktober

PUTRAJAYA 24 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang pada 7 Oktober ini dengan 23 September sebagai hari penamaan calon. Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, berkata hari pengundian awal pula ditetapkan pada 3 Oktober ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari. Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, beliau berkata tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 23 September 2023 sehingga jam 11.59 malam, 6 Oktober 2023. Abdul Ghani berkata, urusan permohonan semua kategori undi pos luar…

Read More

10 ADUN angkat sumpah Exco Negeri Sembilan

KUALA PILAH 24 Ogos – Sepuluh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan bagi penggal ke-15 mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, di sini, pagi ini. Selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun dari PKR yang kekal sebagai Menteri Besar, ADUN lain yang mengangkat sumpah adalah empat ADUN daripada UMNO, DAP (empat) dan PKR (dua). Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga ADUN Simpang Pertang, Jalaluddin Alias, dilantik sebagai Exco kanan manakala tiga…

Read More