WHO, CDC pantau varian baharu

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) sedang melakukan pemantauan teliti terhadap varian baharu Covid-19 yang dinamakan BA.2.86.

Walaupun potensi kesan BA.2.86 itu belum diketahui pada masa ini, WHO melakukan  pengawasan disebabkan bilangan besar (lebih 30) mutasi gen pepaku yang dibawanya.

Strain itu pertama kali dikesan di Denmark pada 24 Julai lalu dan turut ditemui di negara itu pada 31 Julai, hari yang sama ia ditemui di Israel selain satu kes turut dikesan di AS awal bulan ini.

Pada Sabtu, turut dilaporkan varian coronavirus baharu dengan bilangan mutasi yang tinggi dikesan di Britain.

Mutasi BA.2.86 dikenal pasti di UK pada Jumaat, menjangkiti seseorang yang tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini, kata

Menurut Agensi Keselamatan Kesihatan British (UKHSA), mutasi BA.2.86 dikenal pasti di UK pada Jumaat, menjangkiti seseorang yang tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini.

Varian ini dikatakan jauh berbeza daripada varian awal BA.2 secara genomik, yang digelar ‘stealth Omicron’.

Varian itu mendapat nama panggilannya kerana ia lebih mudah menular daripada strain Omicron asal, yang berasal dari Afrika selatan dan mula dikesan di UK pada akhir 2021.

UKHSA berkata data yang ada tidak mencukupi untuk menilai keterukan relatif strain baharu atau kemungkinan besar ia mengelak perlindungan yang ditawarkan oleh vaksin berbanding varian lain yang sedang beredar.

Sementara itu, menurut WHO, dalam tempoh laporan terakhir antara 17 Julai dan 13 Ogos, lebih 1.4 juta kes baharu Covid-19 dikesan dan lebih 2,300 kematian dilaporkan.

Setakat 13 Ogos, terdapat lebih 769 juta kes Covid-19 disahkan dan lebih 6.9 juta kematian di seluruh dunia, walaupun angka sebenar dijangka lebih tinggi kerana banyak kes tidak dapat dikesan.

Related posts

Leave a Comment