PUTRAJAYA 20 Ogos – Sebarang cadangan menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza, merupakan salah satu daripada defisit sosial yang mampu menjejaskan perpaduan, kata Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang. Katanya, cadangan seumpama itu turut membantutkan usaha kerajaan dalam memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin. “Sambutan Hari Kebangsaan merupakan suatu perayaan bersifat nasional. Logo dan tema yang ditetapkan menjadi lambang kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau merujuk kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari, yang dilaporkan berkata empat negeri di bawah pentadbiran PN…
Read MoreDay: August 20, 2023
Jenazah Ustaz Idris sempurna
KLANG 20 Ogos – Keluarga Allahyarham Ustaz Idris Abdol Talib yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.bersyukur melihat jenazah mangsa dalam keadaan sempurna ketika proses pengecaman. Abang ipar Allahyarham, Ahmad Fariz Ahmad Rusli berkata, ketika pengecaman, badan adik iparnya kelihatan sempurna. “Dari hujung rambut sampai ke kaki, lengkap (badannya). Rambut dia juga tidak terbakar, saya sendiri pegang. Dia golongan yang dipelihara oleh Allah SWT,” katanya kepada media di Masjid Jamek Ar Rahimiah, hari ini. Beliau berkata, isteri mangsa, Adlina Aishah, kelihatan baik walaupun baru sahaja…
Read MoreWHO, CDC pantau varian baharu
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) sedang melakukan pemantauan teliti terhadap varian baharu Covid-19 yang dinamakan BA.2.86. Walaupun potensi kesan BA.2.86 itu belum diketahui pada masa ini, WHO melakukan pengawasan disebabkan bilangan besar (lebih 30) mutasi gen pepaku yang dibawanya. Strain itu pertama kali dikesan di Denmark pada 24 Julai lalu dan turut ditemui di negara itu pada 31 Julai, hari yang sama ia ditemui di Israel selain satu kes turut dikesan di AS awal bulan ini. Pada Sabtu, turut dilaporkan varian coronavirus…
Read MoreSeri Paduka sampai sumbangan
KLANG 20 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada waris-waris mangsa nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie di Shah Alam, Selangor pada Khamis lalu. Sumbangan itu diserahkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Mejar Jeneral Zahari Mohd Ariffin dalam kunjungan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan Masjid Jamek Ar-Rahimiah di Klang hari ini. Menurut hantaran di Facebook Istana Negara hari ini, dalam kunjungan itu Zahari turut menyampaikan ucapan takziah Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tunku…
Read More“Dia ni gila ke apa?”
PUTRAJAYA 20 Ogos – “Dia ini gila ke apa? Tak perlu mempolitikkan perkara ini.” Begitulah reaksi Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas kenyataan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari, mengenai logo dan tema Hari Kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri. Timbalan Perdana Menteri berkata, sambutan Hari Kebangsaan adalah acara nasional yang wajar disambut secara bersama. “Ini bukan soal politik sebab soal bendera, perayaan Hari Kebangsaan adalah acara nasional dan saya fikir jangan politikkan perkara ini,” katanya ditemui selepas menyempurnakan perasmian Kejohanan Bola Sepak Piala Timbalan Perdana Menteri di sini, hari…
Read MorePakatan Rakyat pelopori tema berbeza
KECOH juga apabila Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Ahmad Fadhli Shaari memperkenalkan logo dan tema alternatif sempena sambutan Hari Kebangsaan yang berbeza daripada tema yang ditetapkan oleh Kerajaan Perpaduan. Semalam Pemuda PN memperkenalkan tema ‘Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera’ berbanding tema “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” yang diumumkan kerajaan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim. Berikutan itu, empat negeri di bawah pemerintahan PN mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza di peringkat negeri tahun ini. Akibatnya ramai yang melatah dengan ‘jolokan’ Ahmad Fadhli. Tindakan itu mendapat kecaman…
Read MoreBerita pilihan…
Hanya 10 mangsa nahas pesawat
KLANG 20 Ogos – Polis Selangor mengesahkan hanya 10 mangsa terbabit nahas pesawat di Elmina, Shah Alam, Khamis lalu, selepas proses padanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dengan waris lengkap dan selesai dilakukan. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, polis bersama pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Jabatan Kimia Malaysia selesai menjalankan proses bedah siasat dan padanan ujian DNA. Sebelum ini polis mengesahkan semua mayat mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) ditemui dalam keadaan tidak sempurna disebabkan impak pesawat yang berkecai. Pada…
Read MoreGelombang Hijau bukan punca tewas
JOHOR BAHRU 20 Ogos – Kegagalan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menawan Kedah, Terengganu dan Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu bukanlah disebabkan faktor ‘gelombang hijau’. Sebaliknya kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, terdapat banyak faktor kegagalan itu tetapi sebab utamanya adalah isu ekonomi dan ketidakadilan kerajaan pusat ke atas negeri-negeri Melayu Islam di jajaran timur dan utara. “Jadi jangan takut dan panik dengan fenomena gelombang hijau. Ia adalah fenomena politik, bukan momok atau hantu,” katanya dalam tulisan bertajuk ‘Jangan momok-momokkan gelombang hijau’ melalui…
Read More