UMNO sertai Exco Pulau Pinang

PETALING JAYA 15 Ogos – Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memutuskan untuk melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata perkara itu dipersetujui selepas dua kerusi dimenangi calon BN daripada UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam dan Sungai Acheh.

“Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) tadi mencadangkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang supaya seorang Exco daripada UMNO mewakili BN dilantik.

“Ada dua calon BN menang di Pulau Pinang, maka kita akan lantik wakil BN daripada UMNO untuk berada dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, malam ini.

PRN Pulau Pinang pada Sabtu lalu menyaksikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican memenangi kerusi DUN Bertam, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu , Khaliq Mehtab Mohd Ishaq.

Seorang lagi calon BN daripada UMNO, Rashidi Zinol mengalahkan Zulkifli Ibrahim (PN-Bersatu) di kerusi DUN Sungai Acheh.

Related posts

Leave a Comment