UMNO sertai Exco Pulau Pinang

PETALING JAYA 15 Ogos – Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memutuskan untuk melantik seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata perkara itu dipersetujui selepas dua kerusi dimenangi calon BN daripada UMNO pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam dan Sungai Acheh. “Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) tadi mencadangkan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang supaya seorang Exco daripada UMNO mewakili BN dilantik. “Ada dua calon BN menang di…

Read More

Pas kaji fail petisyen PRN

KUALA LUMPUR 14 Ogos  –  Pas tidak menolak kemungkinan untuk memfailkan petisyen terhadap keputusan di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertikaikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu. Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, yang tidak mendedahkan kawasan ini berkata ,ketika ini Pas  sedang meneliti keputusan dan laporan pilihan raya bagi beberapa kawasan yang dipertikaikan. Dalam pada itu, Pas bersyukur dan berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan atas kelancaran dan kejayaan perjalanan PRN negeri-negeri berkenaan. “Pas percaya perjalanan proses…

Read More

PRN amaran akhir, UMNO perlu bangkit

SEPANG 14 Ogos –  Kepemimpinan UMNO di Selangor perlu bangkit dan memperbetulkan keadaan parti yang bukan sekadar ingin mengejar kuasa jangka  pendek tetapi usaha yang bersungguh untuk kembali diyakini rakyat dan akar umbi parti. Bendahari UMNO dan Barisan Nasional (BN) Selangor, Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata hala tuju dan ideologi UMNO Selangor juga perlu jelas. ” Ini penting untuk masa hadapan dan survival parti terutamanya di Selangor. UMNO Selangor juga perlu kembali mengenal pasti segmen yang perlu mereka dekati untuk diberi keutamaan dalam perjuangan UMNO. “Semua di dalam UMNO, termasuk…

Read More

Kubu reformasi benar-benar berubah

LAPAN bulan lalu Parlimen Permatang Pauh berubah kepada Perikatan Nasional (PN) dan Sabtu lalu, tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi kubu reformasi pula terlepas daripada cengkaman Pakatan Harapan (PH). Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, ketiga-tiga DUN itu beralih kepada PN. DUN Permatang Pasir yang diwakili Amanah beralih kepada Pas manakala DUN Penanti dan DUN Seberang Jaya yang dikuasai PKR menjadi milik Bersatu. November lalu, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), PN melalui calon Pas menamatkan penguasaan 40 tahun keluarga Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen Permatang Pauh…

Read More

Tiada cadangan jawatan Timbalan MB

KUALA PILAH 14 Ogos –  Tiada cadangan untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar, Negeri Sembilan setakat ini, kata Menteri Besar Aminuddin Harun. Bagaimanapun, kata Aminuddin pihaknya sedia mengadakan perbincangan mengenai perkara itu. Bercakap pada sidang media di Seri Menanti di sini, petang ini, beliau berkata, 10 orang Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) akan dilantik seperti ditetapkan dalam Perlembagaan dan ia  mungkin diselesaikan minggu ini. Katanya, nama calon Exco itu akan dicadangkan parti dalam gabungan masing-masing sebelum dipertimbang dan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. “Saya…

Read More

Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan

KUALA PILAH 14 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun dilantik semula sebagai Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengumumkan nama Aminuddin ketika bertitah pada majlis istiadat angkat sumpah jawatan MB Negeri Sembilan di Istana Seri Menanti, di sini, petang ini. Pengerusi PH Negeri Sembilan itu mula dilantik sebagai Menteri Besar yang ke-8 pada 12 Mei 2018 selepas PH menguasai negeri itu…

Read More

Peratus keluar undi rendah boleh dielak

SHAH ALAM 14 Ogos –  Peratusan keluar mengundi yang rendah pada pilihan raya negeri (PRN) boleh dielak jika diadakan bersekali dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lalu, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar. Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, itu juga mengakui terkhilaf kerana tidak mahukan PRN diadakan bersama dengan PRU dan pada masa sama turut mengakui hakikat Pas telah berjaya menusuk kalbu anak-anak muda. “Ternyata, melaksanakan kedua-duanya bersekali mampu menghasilkan momentum yang perlu bagi meraih peratus keluar mengundi yang maksimum,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya semalam. Menurut Nurul…

Read More

Wakil tunggal Gerakan boleh jadi Exco

ALOR SETAR 14 Ogos – Pengerusi Perhubungan Gerakan Kedah, Wong Chia Zhen, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim akan dipertimbang untuk mengisi portfolio bersesuaian dalam barisan Exco kerajaan negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Chia Zhen, boleh mewakili bukan Islam, bukan Melayu dalam kerajaan negeri. “Saya juga tidak ada masalah untuk berkhidmat kepada bukan Melayu di Kedah, tidak ada diskriminasi,” katanya pada sidang media di Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Terdahulu Muhammad Sanusi melafaz sumpah memegang jawatan Menteri…

Read More