Aminuddin kekal MB Negeri Sembilan

KUALA PILAH 14 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Aminuddin Harun dilantik semula sebagai Menteri Besar (MB) Negeri Sembilan selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengumumkan nama Aminuddin ketika bertitah pada majlis istiadat angkat sumpah jawatan MB Negeri Sembilan di Istana Seri Menanti, di sini, petang ini.

Pengerusi PH Negeri Sembilan itu mula dilantik sebagai Menteri Besar yang ke-8 pada 12 Mei 2018 selepas PH menguasai negeri itu pada Pilihan Raya Umum pada tahun berkenaan.

Pada PRN Sabtu lalu PH menguasai 17 kerusi manakala BN 14 kerusi menyebabkan timbul pelbagai spekulasi mengenai kedudukan Aminuddin.

Ini berikutan timbul juga nama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias sebagai Menteri Besar.

Related posts

Leave a Comment