Pilihan raya: Tiada perjanjian BN-Pas

KUALA LUMPUR 13 Julai – UMNO tidak mempunyai sebarang perjanjian dengan Pas berkait Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan kali ini, kecuali persefahaman sesama parti saja.

Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan UMNO tidak pernah memuktamadkan perbincangan dengan Pas termasuk mengenai kerusi bakal ditandingi pada pilihan raya berkenaan.

Sebaliknya Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, tidak semua perkara dinyatakan Pas perlu diterima atau dianggap sebagai kenyataan yang tepat.

“Memang kita tidak ada sebarang perjanjian dengan Pas. Jika ada perbincangan pun, sekadar understanding atau persefahaman dan kita tidak memuktamadkan sebarang perbincangan itu.

Jika kita melihat perkembangan di Johor, apa yang dinyatakan mereka itu berbeza dengan realiti sebelum hari pengundian, terutama pada hari penamaan calon… apalagi hari pengundian.

“Jadi, janganlah positif sangat dengan mereka ini tetapi kita cuma boleh bersangka baik saja. Mereka ini boleh tukar goalpost (sasaran) bila-bila masa. Jadi, saya menganggap itu sebagai satu kenyataan politik saja,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Amanat Bersama Kontinjen TVET@KKDW ke WorldSkills, di sini, hari ini.

Media sebelum itu melaporkan Pas bersedia menerima calon Menteri Besar Negeri Sembilan daripada UMNO sekiranya kerjasama antara kedua-dua parti itu dapat dimuktamadkan.

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, dipetik berkata rundingan antara kedua-dua pihak berhubung pembahagian kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan akan ditandingi, sedang berlangsung dan disifatkan sebagai sangat positif.

Ditanya mengenai rundingan kerusi sebagaimana didakwa Abdul Hadi pula, Ahmad Zahid berkata, kata-kata Pas tidak boleh dipegang.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment