26 kerusi dalam ‘genggaman’ PH-BN

BAGAN 1 Ogos –  Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) sudah ‘menguasai’ 26 daripada 34 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang seterusnya dijangka mengekalkan negeri itu untuk penggal keempat. Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Pulau Pinang, Goh Choon Aik, berkata ia berdasarkan maklumat yang boleh dipercayai dari pihak ketiga dan maklum balas awam terhadap calon PH-BN. Beliau berkata, penguasaan itu membabitkan kerusi DUN Bayan Lepas hingga Tanjung Bungah di bahagian Pulau dan dari Bukit Tambun hingga Sungai Puyu di bahagian Seberang Perai. “Ingin saya maklumkan 26 daripada 34…

Read More

Pulihkan persepsi pengundi kaum India

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Perdana Menteri  Anwar Ibrahim bukan sahaja perlu campur tangan untuk menyelesaikan rungutan MIC tetapi membetulkan persepsi kaum India diketepikan di negara ini, kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P Ramasamy. Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu mendakwa , MIC kesal kerana UMNO tidak memperuntukkan kerusi untuk calon parti pada pilihan raya negeri akan datang. “Ada pendapat yang mengatakan MIC hampir dibuli dalam penafian kerusi. Ini mungkin dapat menjelaskan mengapa beberapa bahagian yang tidak berpuas hati di Selangor memutuskan untuk menukar sokongan kepada Perikatan…

Read More

Debat Ekonomi Rafizi – Syahir minggu depan

KUALA LUMPUR 1 Ogos –  Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang sebelum ini menolak pelawaannya untuk berdebat, menerima semula tawaran itu. Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, sesi debat mengenai hal ehwal ekonomi itu dijadualkan berlangsung Rabu depan. “Saya telah dimaklumkan bahawa Syahir telah menerima semula jemputan untuk berdebat selepas mendapat keizinan pimpinan beliau. Saya ucapkan terima kasih,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini. Rafizi turut memuat naik poster mengenai program dinamakan Debat Ekonomi yang  memaparkan gambarnya bersama Mohd Syahir,…

Read More

Lagi kes rampasan hidupan liar dari Malaysia

NEW DELHI 1 Ogos –  Pihak berkuasa kastam di Lapangan Terbang Tiruchirappalli (Trichy) di selatan India merampas 47 ekor ular sawa dan dua biawak yang cuba dibawa masuk oleh seorang warga India yang tiba dari Kuala Lumpur. Kesemua haiwan yang disembunyikan di dalam bagasi penumpang itu dirampas  di bawah undang-undang kastam dan perlindungan hidupan liar India dan akan dihantar pulang ke Malaysia. Menurut laporan media tempatan, penumpang lelaki yang berasal dari Chennai, itu tiba di lapangan terbang itu dengan menaiki penerbangan Batik Air pada 29 Julai. Sebelum ini pada April,…

Read More

Rasuah: Bebaskan daripada layanan dua darjat

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Pas menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap mana-mana ahli politik, termasuk dalam kalangan pemimpin negara yang terbabit perbuatan salah laku, khususnya rasuah. Ketua Penerangan Pas Pusat, Khairil Nizam Khairuddin, ketika membuat gesaan itu berkata, Malaysia perlu bebas daripada layanan dua darjat terhadap isu rasuah. “Jangan kerana ahli politik ini adalah pemimpin negara, kita tutup sebelah mata dan takut nak ambil tindakan. Tidak sepatutnya budaya korupsi terus dibiarkan berlaku, terutama ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, 12 Ogos ini,” katanya dalam…

Read More

PRN: Kelantan tetap sedia bas percuma

TANAH MERAH 1 Ogos –  Kerajaan negeri meneruskan inisiatif menyediakan bas percuma  kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan 12 Ogos ini. Menteri Besar,  Ahmad Yakob, berkata perkhidmatan bas percuma seperti dijanjikan tidak dibatalkan  kerana itu  adalah tanggungjawab kerajaan negeri kepada pelajar yang kekurangan wang untuk pulang mengundi bukannya mahu membeli undi. “Kita yang hanya menyediakan perkhidmatan bas percuma pun dikata mahu membeli undi sedangkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi…

Read More

Surat larang Hadi masuk Saudi palsu

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Kenyataan yang tular mendakwa Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dilarang memasuki Arab Saudi kerana ideologi pengganas adalah palsu. Pas menyifatkan, penyebaran dakwaan sedemikian adalah bukti terdapat pihak yang ketandusan idea untuk bersaing secara demokratik, matang dan bermaruah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini. “Faktanya adalah kenyataan rasmi Arab Saudi menggunakan tahun hijrah, bukan masihi dan Abdul Hadi bukan lagi Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia. “Ayuh bersama Perikatan Nasional (PN), kita lenyapkan budaya politik yang rendah akal budi seperti ini dan…

Read More