Kerusi Presiden Gerakan timbul persoalan

KEPALA BATAS 26 Julai –  Di mana kerusi Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chaipada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang pada 12 Ogos ini? Berdasarkan senarai edaran, nama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang itu di N38 Bayan Lepas, tetapi tidak diumumkan oleh Naib Presiden Bersatu, Dr Ronald Kiandee. Sebelum ini tular dakwaan Lau akan bertanding di DUN Telok Ayer Tawar yang juga kerusi majoriti Melayu dalam kawasan Parlimen Tasek Gelugor, yang mencetus bantahan dalam kalangan Pemuda Pas di kawasan itu. Terkini, tular dakwaan jentera Pas Bayan…

Read More

2 bintang bola sepak jadi calon DUN Kedah

ALOR SETAR 26 Julai – Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor mengetuai senarai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada 12 Ogos ini yang turut menampilkan ahli akademik dan bintang sukan bola sepak. Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu. Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Haim Hilman dicalonkan di Jitra, dan bekas Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Muhammad Suffian Yusuf…

Read More

Azmin kembali ke DUN Hulu Kelang

PETALING JAYA 26 Julai – Selepas tiga penggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kembali ke kawasan bermulanya beliau bertanding iaitu DUN Hulu Kelang. Bekas Menteri Ekonomi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor itu memenangi kerusi DUN Hulu Kelang pada 1999 sebelum berpindah ke kawasan DUN N19 Bukit Antarabangsa dan memenanginya pada 2008 diikuti 2013 dan 2018. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan senarai calon PN Selangor turut menamakan bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga…

Read More

Filipina-Malaysia bangunkan Bangsamoro

PUTRAJAYA 26 Julai – Kerajaan Filipina dan Malaysia komited mengkoordinasi usaha membangunkan Wilayah Autonomi Bangsamoro di selatan Filipina sebagai antara inisiatif memperkasakan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr, berkata antara sektor yang boleh diterokai bersama adalah seperti industri halal, perbankan Islam dan keselamatan makanan. “Malaysia menawarkan kepakarannya untuk melatih pegawai dan kakitangan Filipina bagi memperkasakan lagi kebolehan dalam sektor penting yang semakin berkembang ini. “Kami juga bersetuju meningkatkan lagi hubungan perdagangan dan pelaburan antara satu sama lain terutama dengan Malaysia menjadi antara negara peneraju dalam…

Read More

Tingkat hubungan Malaysia-Filipina

KUALA LUMPUR 26 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar hubungan erat Malaysia-Filipina akan terus dipertingkatkan demi manfaat bersama rakyat dan kedua-dua negara. Baginda menganggap Filipina sebagai rakan penting kepada Malaysia, memandangkan kedudukan Filipina berdekatan dan pembabitan aktif dalam ASEAN. “Dengan aspirasi bersama untuk kemajuan, keamanan dan kemakmuran, kedua-dua negara kita berkongsi banyak persamaan dan hubungan antara rakyat yang erat… hingga hari ini, kita telah berdepan banyak cabaran yang sama, tetapi kita juga telah mencapai lebih banyak lagi bersama-sama. “Usaha dan persefahaman bersama…

Read More

Pas tanding 27 kerusi, Bersatu 5 di Terengganu

KUALA TERENGGANU 26 Julai –  Pas akan bertanding 27 daripada 32 kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan manakala lima lagi akan ditandingi rakan Perikatan Nasional (PN), Bersatu. Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri,  Dr Alias Dr Razak, berkata senarai calon sudah dimuktamadkan dan akan diumumkan esok di Dewan Tok Guru, pekarangan Masjid Rusila. Katanya, calon yang akan diketengahkan berkualiti dan berkarisma serta mendapat kepercayaan rakyat. “Kita yakin calon yang diketengahkan mampu merealisasikan harapan PAS dan Perikatan Nasional (PN) untuk menawan kesemua 32 kerusi DUN,” katanya pada…

Read More

Pelawak Jocelyn ‘dibuang keluarga’

SEPANG 26 Julai –  Tidak tahan dengan kontroversi yang dicetuskan anaknya, Anthony Chia Whye Liang mengumumkan dia dan isterinya, Shirley tidak mengiktiraf pelawak Jocelyn Chia sebagai anak lagi sehingga mereka meninggal dunia. Dalam ciapan di Twitter beberapa hari lalu, bapa pelawak itu menyifatkan perbuatan Jocelyn menunjukkan beliau sebagai bapa gagal membesarkan anaknya menjadi manusia yang lebih baik untuk masyarakat. “Masyarakat berhak dapat lebih baik daripada ini,” katanya. Pada Ahad lalu, Jocelyn muncul dengan kontroversi terbaru berkaitan Malaysia apabila mempersendakan tindakan negara ini berhubung aksi biadab kumpulan muzik The 1975 ketika…

Read More

Presiden Filipina diberi sambutan negara

KUALA LUMPUR 26 Julai – Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr diberi sambutan negara di Istana Negara hari ini, sempena lawatan negara sulungnya ke Malaysia selama tiga hari, bermula semalam. Ketibaan beliau bersama isteri, Louise Araneta-Marcos, pada pukul 11 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Hadir sama Perdana Menteri, Ibrahim dan isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi serta menteri-menteri Kabinet. Istiadat sambutan di padang kawad itu dimulakan dengan nyanyian lagu…

Read More

Bliese lancar 10 bauan baharu wangian badan

SHAH ALAM 26 Julai –  Sempena ulang tahun keempat semalam, syarikat wangian Bliese melancarkan 10 bauan baharu bagi wangian badan untuk lelaki dan wanita dikenali sebagai Bliese Body Perfume 12ml. Ketua Pegawai Eksekutif Bliese, Suhaimi Saiful berkata, pengeluaran produk itu bagi memenuhi hasrat mengeluarkan satu produk dengan harga yang kompetitif, mampu milik tetapi masih mengekalkan kualiti iaitu bauan yang lebih premium. “Dengan harga yang mampu milik, permintaan Bliese Body Perfume 12ml ini akan meningkat dan dapat membantu reseller Bliese untuk memudahkan penjualan dimana ia sesuai dengan keadaan semasa.” katanya.. Suhaimi…

Read More