2 bintang bola sepak jadi calon DUN Kedah

ALOR SETAR 26 Julai – Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor mengetuai senarai calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada 12 Ogos ini yang turut menampilkan ahli akademik dan bintang sukan bola sepak.

Sanusi yang juga Pengerusi PN Kedah akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Haim Hilman dicalonkan di Jitra, dan bekas Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Muhammad Suffian Yusuf di  Bandar Baharu.

Sementara bekas kapten lagenda pasukan bola sepak Hijau Kuning, Radhi Mat Din diletakkan sebagai calon di Alor Mengkudu manakala seorang lagi bekas pemain skuad Lang Merah, Baddrol Bakhtiar bagi kerusi Gurun.

Pada PRN kali ini, 23 muka baharu dicalonkan di mana empat bekas Exco kerajaan negeri digugurkan termasuk dua yang menolak dicalonkan semula selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum lalu.

Mereka adalah Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail dan  Azman Nasrudin masing-masing penyandang kerusi DUN Guar Chempedak dan Lunas.

Dua lagi Exco yang digugurkan ialah Firdaus Ahmad yang juga penyandang kerusi DUN Kuah, selain Dr Robert Ling Kui Ee selaku penyandang DUN Sidam.

Enam lagi Exco dikekalkan iaitu Datuk Mohd Hayati Othman (Tokai), Datuk Wan Romani Wan Salim (Bukit Pinang), Datuk Najmi Ahmad (Kupang), Datuk Siti Aishah Ghazali (Merbau Pulas), Datuk Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam) dan Munir Zakaria (Kuala Nerang).

Secara keseluruhan PN Kedah menampilkan 23 calon muka baharu dan 13 calon mempertahankan kerusi yang disandang membabitkan 21 mewakili Pas, 12 Bersatu dan tiga calon Gerakan

Berikut senarai penuh calon PN Kedah

N01 Ayer Hangat – Shamsilah Siru*

N02 Kuah – Amar Pared Mahmud*

N03 Kota Siputeh – Ashraf Mustaqim Badrul Munir*

N04 Ayer Hitam – Azhar Ibrahim

N05 Bukit Kayu Hitam – Datuk Halimaton Shaadiah Saad

N06 Jitra – Prof Dr Haim Hilman*

N07 Kuala Nerang – Munir Zakaria

N08 Pedu – Mohd Radzi Md Amin

N09 Bukit Lada – Salim Mahmood

N10 Bukit Pinang – Datuk Wan Romani Wan Salim

N11 Derga – Muhammad Amri Wahab*

N12 Suka Menanti – Dzowahir Ab Ghani*

N13 Kota Darulaman – Chuan See Seng*

N14 Alor Mengkudu – Radhi Mat Din*

N15 Anak Bukit – Rashidi Razak*

N16 Kubang Rotan – Datuk Salleh Saidin*

N17 Pengkalan Kundor – Mardhiyyah Johari*

N18 Tokai – Datuk Mohd Hayati Othman

N19 Sungai Tiang – Abdul Razak Khamis*

N20 Sungai Limau – Mohd Azam Abd Samat

N21 Guar Chempedak – Abdul Ghafar Saad*

N22 Gurun – Baddrol Bakhtiar*

N23 Belantik – Ahmad Sulaiman*

N24 Jeneri – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

N25 Bukit Selambau – Azizan Hamzah*

N26 Tanjung Dawai – Hanif Ghazali

N27 Pantai Merdeka – Sharir Long*

N28 Bakar Arang – Tai Kuang Tee*

N29 Sidam – Juliana Abdul Ghani*

N30 Bayu – Mohd Taufik Yaacob*

N31 Kupang – Datuk Najmi Ahmad

N32 Kuala Ketil – Mansor Zakaria

N33 Merbau Pulas – Datuk Siti Aishah Ghazali

N34 Lunas – Khairul Anuar Ramli*

N35 Kulim – Wong Chia Zhen*

N36 Bandar Baharu – Prof Dr Ts Muhammad Suffian Yusuf*

(* calon muka baharu)

Related posts

Leave a Comment